Monday, December 29, 2008

LPG cylinder has expiry date...

Expired Cylinders are not safe for use and may cause accidents. In this regard please be cautious at the time of accepting any LPG cylinder from the Vendor.

Here is how we can check the expiry of LPG cylinders:
On one of three side stems of the cylinder, the expiry date is coded alpha numerically as follows A or B or C or D and some two digit number following this e.g. D06.

The alphabets stand for quarters -
1. A for March (First Qtr),
2. B for June (Second Qtr),
3. C for Sept (Third Qtr), &
4. D for December (Fourth Qtr).

The digits stand for the year till it is valid. Hence D06 would mean December qtr of 2006.
Please Return Back the Cylinder that you get with a Expiry Date, they are prone to Leak and other Hazardous accidents ...


The second example with D13 allows the cylinder to be in use until Dec 2013.



Kindly pass this to every one, and create awareness among the public this message.

Wednesday, December 24, 2008

Pelajar Baru...

Salam...

Akhirnya..Saat yang di nanti-nantikan sudah tiba..Hari ini dengan sahnya kite mendapat surat tawaran (secara online-dunia dah maju) untuk program SARJANA MUDA PENGURUSAN SUKAN (KEPUJIAN)..28 December ni kite dan kawan-kawan yang lain akan mendaftar di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam..

Pada tarikh tersebut,sah lah kite akan menjadi pelajar UiTM semula selepas beberapa minggu menjadi Alumni..hehehehe...Semoga tak ada kesulitan semasa pendaftaran..

Tahun baru..Azam pun baru..kite akn cuba buat yang terbaik..Plan utk azam yang baru pun sudah dirangka..Hanya untuk merialisasikannya..kena lebih usaha untuk mencapai kejayaan..*Peace*

to all my friends..see you next year..

Wednesday, December 17, 2008

Akhirnya..Selamat Sudah..


Akhirnya tamat juga zaman bujang kawan satu sekolah dan kawan seangkatan dalam sukan menembak...Siti Aida Hassan dan pasangannya Yuzali Yusof..Dah lama juga xdengar khabar kawan kite yg sorang ni..tup2 da bertunang time jumpa dia kat Midvalley waktu reunion student Menembak Sek.Sukan Bukit Jalil tahun lepas..Nampak berseri2 juga la..dah jadi milik orang..Walaupun dah lama tak jumpa,tapi kami still contact each other..




Pada 13 December 2008...kte dan beberapa orang kawan serta adik(Alif) kerumah bakal pengantin di Batu Pahat,Johor..Kami tiba awal sehari sebelum Majlis Kenduri@walimatul urus yang diadakan pada 14 December 2008..Pada malam 13hb,kawan kite selamat sudah menjadi isteri orang..


Kite dan kawan2 yang lain turut membantu pengantin dalam meyediakan kelengkapan hantaran serta pesediaan sebelum akad nikah..



Kenduri Kahwin start dalam pukul 10 pg dimulakan dengan khatam Al-Quran..Dalam jam 2.00ptg,pengantin lelaki datang..Yang meanrik minat kite,sebelum pengantin lelaki nak masuk and jumpa dengan pengantin perempuan..dia mesti melalui beberapa 'Tol'..Pihak pengantin perempuan akan minta bayaran sebelum masuk kawasan pengantin perempuan..memang geli hati juga bila tengok..lebih2 lagi bila makcik2 mengusik pengantin lelaki..Merah padam juga di buatnya...

Acara tepung tawar pun kite join sekali,lagi sekali kite teruja..Adat diaorang lain..baru 1st time tengok..tepung twar dimulakan dengan bunga rampai,lepastu..air kapur,yang menariknya..pakai telur..calit kat bibir dan tapak tangan pengantin(bukan isi telur,tapi cengkerang telur),last sekali..inai..calit kat tapak tangan pengantin..lain dari yang kite buat masa abang kite kahwin dulu..Seronok juga bila dapat belajar adat orang lain..


Kite mendoakan kebahagiaan kawan kite hingga akhir hayat..Semoga dapat baby cepat2..=)

Tuesday, December 9, 2008

lama tak jenguk..

salam...

dah lama jga tak bikin ini blog..internet xleh pakai...banyak cerita nk diceritakan...tapi...nak menaip balik dah jadi tak interesting la pulak..

sekarang ni,duduk kat umah,menunggu masa untuk daftar masuk sebagai student Degree..=)
Macam tak percaya la pula..sekejap je dah melangkah ke alam Sarjana Muda..hahaha...Kite mengharapkan peluang kali ni akan digunakan sebaik yang mungkin..

Sebenarnya banyak plan yang dah kite rancang untuk tahun depan dan seterusnya..Dah stat buat perencangan dari sekarang..Kite akn cuba untuk merialisasikan apa yang dah dihajatkan..kalau rancangan tak menjadi,tak bermaksud lain kali kite tak boleh buat lagi..kan?kan?kan?

Start tahun depan juga buah hati intan payung akan memulakan karier dalam bidang yang sememangnya dia nanatikan..kite akan sentiasa mendoakan kesihatan,kesejahteraan,murah rezeki,keselamatan dia sepanjang bekerja di OBS...(tak lama lagi hitam la anak org ni..)

Dalam tempoh cuti ni juga,kite dalam tempoh pemulihan..Kite mengalami kecederaan dalaman..Kecederaan ni dialami ketika mengendalikan satu program dalam cuti semester baru2 ni..sekarang ni,kite cuma perlu kuatkan balik bahagian kecederaan ni supaya tak ada kesan sampingan bila mula masuk belajar nanti..Banyak kerja yang akan kite buat tahun depan...


Buat yang masih belajar....jumpa anda tahun depan...buat yang bekerja...bekerja bersungguh2..jangan curi tulang..hehehe...


"Majulah Rakyat Untuk Negara"

Friday, November 21, 2008

Jawatan Kosong

Kepada warga PELU..

Anda penganggur yang setia?

Ingin mencari kerja?

Jawatan:

Pegawai Belia dan Sukan &
Penolong Pegawai dan Sukan..

Di Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur..


Tarikh Tutup: 13 December 2008..


Borang boleh didapati di laman web www.isn.gov.my






Ihsan dari Mohd Helme B Basal (En.Baom)

Wednesday, November 12, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-09

Dengan ini saya menjemput semua Ahli, Alumni serta Penasihat Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali yang ke-9..

Saya juga mengharapkan kehadiran ahli-ahli persatuan pada tarikh tersebut bagi melancarkan lagi Mesyuarat Agung Tahunan pada penggal ini bagi menentukan Lembaga Majlis Tertinggi (MT) bagi penggal hadapan.

Di sini saya sertakan atur cara majlis

Tarikh : 18 November 2008 (Selasa)
Tempat : Bk08, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Shah Alam
Masa : 8.00 malam -11.00 malam


Kehadiran anda dialu-alukan.....sekian...




*Sebarang perubahan akan diberitahu kelak......
.
.

Sunday, November 9, 2008

Sumak Ramak


Assalamualaikum....

Dah lama kite tak menulis dan mengarang tentang kehidupan seharian kite..Kali ni tak banyak yang kite nak katakan..Cuma sejak kebelakangan ni,kite jadi serabut sikit..Mcm PM pula banyak benda nak difikirkan..Nak kata masalah ni serius,tak de la se'serius' masalah Negara..Tapi dah cukup untuk memeningkan kepala kite ni..

Buat masa ni,kite akan slow sikit dalam ber'Blog' kali ni..Nanti,bila mood nak bercerita dah ada balik,kite akan kembali dalam Blog ni..Setakat ni,biarlah kite menjadi pemerhati saja..

Buat TEAMTACT,thank coz sudi menerima program Sekolah Seksyen 9 tempohari dan sudi mengambil kite sebagai pekerja sambilan.Sebenarnya,kami agak buntu juga macamana nak jalankan juga program ni di musim peperiksaan akhir student UiTM(FSR),dan juga dengan masalah pinjaman barang,kalau tak,tak tahulah nak buat macamana..Terima kasih banyak-banyak...


Sekian...


Senyum Selalu....
.
.

Thursday, November 6, 2008

ABCD....Kehidupan..

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu kepada yang memerlukan
E : Elakkan pertelingkahan sesama kita
F : Fikir sebelum bertindak terburu-buru
G : Gembira selalu
H : Hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca Al-Quran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali
.
.
.

Sunday, November 2, 2008

Ketawa???

Ketawa dalam internet + email + chatroom... ... ... ..

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum= :)
13: Ketawa Double= =))
14. Sengih= :D
15. Ketawa kuat: LOL
16. Ketawa bergolek-golek: LOLROTFL
17. Ketawakan dia: He he he he he
18. Kekkekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. ahakz = ketawa jimat cermat
20. hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh = ketawa tak ikhlas
21. heheh - hampir-hampir ketawa
22. kui kui kui - ketawa sambil batuk
23. hik hik hik - ketawa dalam mabuk
24. hek hek hek - ketawa ngada-ngada.
25. wakakakkakaka - ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring
26. eh heh - ketawa sindir.
27. huargh huargh huargh!!! - ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal)28. ngee ngee ngee - ketawa sengih
29. kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh - Ketawa sambil lewa
30. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe...

.
.

Hahahahaha...!

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.
"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah."Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu."Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.
"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi."Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"
.
.

Tuesday, October 28, 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Semalam,selesai sudah Majlis Hari Raya yang telah di adakan di rumah kite..Majlis bermula pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 10.30 malam..

Boleh tahan penat juga la semalam...Mata memang dah tak boleh nak buka dah,tapi digagahkan juga sebab tetamu kite yang terakhir akan sampai..Thanks utk family Diella yang sudi juga datang kerumah walaupun jauh..Dan tak lupa juga kepada menantu SI Hamid,Nur Azlan Shah Adam..hehehe...

Buat tetamu yang lain,terima kasih banyak2 kerana sudi datang kerumah,walaupun rumah kite agak sukar untuk dicari...Jika ada kekurangan,kite minta maaf banyak2...Tahun ni menu tak seberapa dan tak seperti tahun2 sebelum ni...

Sekali lagi,terima kasih buat semua yang hadir...

Friday, October 24, 2008

Thursday, October 23, 2008

Makan-makan...

Kepada kenalanku sekalian....

Keluarga saya akan mengadakan Majlis Hari Raya@Rumah Terbuka yang bertempat dikediaman saya, Kota Kemuning,Shah Alam..

Butiran Majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 Oktober 2008 (isnin)
Masa: 2 petang-10 malam

Buat Ahli Persatuan dan rakan2 yang mengenali diri ini, sudi-sudilah bertandang kerumah saya.Kehadiran anda amat dialu-alukan...

.......

Tuesday, October 21, 2008

LEVEL 2


PERHATIAN....

Buat ahli Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU)yang ingin menyertai Kursus Kepimpinan Rekreasi Tahap-2 (Level 2)anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan,bolehlah menghantar nama anda kepada Mohd Hazriq Abu Zarin(John) atau terus kepada saya;Lenny Marlina Omar(Lenny).


Butiran Program adalah seperti berikut:

Tarikh: 07-12 November 2008
Tempat: Taman Pertanian,Bukit Cerakah,Shah Alam,Selangor.
Bayaran: Percuma



Pendaftaran adalah sebelum 24 Oktober 2008

Friday, October 17, 2008

Bergabung


Pasti ada diantara rakan2 ahli terkenang akan detik2 yang sungguh bermakna apabila diterima sebagai ahli keluarga PERLU..Kte pun terfikir benda yang sama...

Kte dari Batch T.O.T ke-8 atau lebih mesra lagi dengan nama Dragon Ball (T.O.T tahun lepas)..Asal usul nama Dragan Ball ni pun daripada Abg Rock n Iman..Waktu senaman pagi,kami diminta membuat cheer batch kami,kebetulan pula ada 7 orang..Dengan spontannya, mereka berdua memberi idea akan nama batch kami dan membuat cheer yang boleh tahan menariknya..(Sampai instruktor yg lain teruja...)dan sampai sekarang mereka akan kenal Batch Dragon Ball...

Kami terdiri daripada 7orang...#1 Mohd Shariman @Tuan Presiden,#2 Mohd Syafiq @Abg Rock(sudah Alumni ketika T.O.T),#3 Nurul Atiqah @Ika Manyok, #4 Lenny Marlina @Comel=P,#5 Dasri @Boxer,#6 Siti Fadhilah @Diellan,dan #7 Hafzan Zaifaridshah @Ateh...Mungkin dikalangan ahli masti tidak mengenali sebahagian daripada batch ni..untuk pengetahuan semua,time ni lah boxer dapat nama Boxer..Ia terjadi di antara kami dan Mr.Yasir Foo..dan batch kami jugalah batch pertama yang menerima kemasukkan ahli daripada Fakulti luar..

T.O.T adalah pengalaman yg paling menarik sepanjang 2tahun lebih menjadi ahli persatuan..Banyak aktiviti yang dijalankan disamping mempelajari serba sedikit pengetahuan di dalam bidang rekreasi...


Untuk batch Dragon Ball,bila nak bergabung??

Sunday, October 12, 2008

Thursday, October 9, 2008

Friday, October 3, 2008

Raya...Raya...

Selamat Hari Raya...

Kali ni, kali yang ke-2 kte beraya di Shah Alam...Xde la sedih =sangat sebab tak balik sebab adik-beradik yang lain semua ada kat sini..Lagipun..makcik and pakcik2 kite pon ade yang menetap di sekitar shah alam...

Hari Raya pertama..Sibuk bantu mak menyiapkan juadah hari raya..Kali ni tak masak banyak macam selalu masak kat kampung...masak ala kadar je..Pagi tu juga ade buat bacaan yasin untuk arwah kedua-dua atuk...Sedih juga,ye la..tak dapat nk ke pusara arwah atuk2 kte..

Sepanjang hari tu, sedara mara yang ada di Shah Alam,KL,datang celebrate raya kat umah..meriah cikit la..lagipun kawasan rumah kte banyak rumah cina ngan india..yang sambut raya pon ada satu rumah je kat lorong ni..Rumah still meriah,nasib baik adik beradik ramai..

Hari Raya kedua pun tak la berapa sunyi,kte pg kerumah makcik and pakcik kte kat seksyen 20..tapi sebelum keluar,rumah kte didatani tetamu kecik molek..anak2 org kampung datang beraya..tekejut juga..ada juga yang nak datang beraya..apa lagi..bapa kte teruja..murah rezki budak2 tu..dapat duit raya..Cousin kte pon bagi duit raya utk budak2 tu..dapat la RM7 sorang..

Kepada yang ada di sekitar Shah Alam or kawasan yang dekat,sudi2kan lah datang beraya di rumah kte..tapi,call dulu..takut tak ada di rumah...

kepada yang balik kampung...jangan main mercun!=P

"Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin"

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran

Salam..

Pada tahun ini..kte tak balik kampung seperti tahun yang sebelumnya..tahun ni, kte akan beraya di Kota Kemuning, Shah Alam..

Buat rakan-rakan serta yang mengenali diri ini, Kumohon keampunan atas segala kesalahan yang telah kte lakukan..minta di halalkan setiap perbuatan, maan dan minum, serta ilmu yang telah anda kongsi..

Dengan ini, kte hanya mampu mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..nak hantar kad Raya memang dah tak sempat...Hanya dengan ini dapat kita katakan...


Salam Lebaran Buat Semua......

Monday, September 22, 2008

Puasa Oh Puasa

Penat puasa seharian...kehabisan tenaga..

Saturday, September 20, 2008

Aduh



Apa pandangan anda??
Tentu terasa ngilu bukan??
Selepas Operation..

Friday, September 19, 2008

Buat jangan tak buat




Lagi beberapa hari sahaja lgi kita akan menyambut bulan Syawal...
Dengan kesempatan yang ada ketika balik ke rumah,kte sempat membantu untuk menyiapkan kuih raya..
Kte juga ada assistant yang sudi menghulurkan tangan,meringankan beban untuk turut membantu membuat kuih raya..
Adanya ank buah merangkap anak angkat kakak, Putri Zam-Zam 'Iman, kerja pembuatan kuih raya siap sebelum berbuka Puasa..


Dengan tekun dia membantu..Asalnya,'Mummy'nya tak bagi tolong..tapi,dia dah besungguh sangat nak tolong...di bagi juga..apa salahnya..Asalkan dia tak buat rosak je..
Buat masa ni,baru 3 jenis kuih raya yang dah siap..semua hasih tangan kakak dan makcik..tadi je kt yang buat...
'Selamat Berpuasa'....

Thursday, September 18, 2008

Operation Success

Hari ni kte pergi jenguk bpa kte kat Selangor Medical Centre (SMC)..dia nmpak sihat, cuma pergerakan agak terbatas..Ntah brapa botol air dah di masukan dalam badan bps kte hari ni..hari ni buka puasa dngan bpa kte,walaupun dia tak puasa(xdigalakan)..Buka pusa kat hospital tu..ni kira pengalaman ke-2 selepas bulan puasa tahun lepas, nenek saudara nazak kat hospital area KL..lupa la pulak hospital apa..

Tp,yg penting,bpa kte dah ok,boleh makan...tak macam semalam,tak boleh makan...mesti muntah balik..tapi tak tahu la bila baru boleh keluar wad..makanan kat hospital pon macam pelik,siap bagi air kaler hijau..bau pon xbest..hehehehe...

Hope bpa kte cepat sembuh..Amin..

Monday, September 15, 2008

Operation

salam semua...

xde ape yg nak di ceritakan..cuma kte mngharapkan doa daripada rakan2 untuk bapa kte..esok, dia akan mnjalani satu pembedahan di tulang belakang (4th and 5th lumbar)..kte pun sbenarnye xfaham sakit yg mcmane..dia nmpak cool je..bpa kte just ckp,tulang dia rapat..n terpksa direnggankan..

dah 2bulan bpa kte xkeja..stiap minggu dia akn pg fisoterapy kat SMC..mula2,dia ingatkan xserius sgt, tp doktor sarankan dia operate kalau xnk sakit tu berlarutan..mane dia tahan kalo dah 2bulan xbaik2 lg..siap pg akupuntur(betul ke kte eja ni?main taram je..ala..yg main cocok2 pkai jarum tu),tp sakit still ade..mak ckp,better pg operate,kalau x..sakit tu still akan ade..so, esok lah tarikhya dia operate..

tadi tme pg port klang(tmpt keja bpa kte)...anta barang jap, kwn bpa kte pnye seronok la jmpa bpk kte..da lame xjmpa la katakn..kwn bpa kte siap ckp lg,"uncle slalu doakan kesihatan ayah awk tiap kali lepas solat trawih"...terharu gak..ada org lain gak yg sygkn bpa kte..thanx..

I also luv my father..kte akan selalu doakan dia sihat....=)

Friday, September 12, 2008

flying without wings VS lompat si katak lompat

Aksiku bersama mrs.Azlan terjun kolam



Ajoy punye aksi over dari mrs.Azlan..


yiiiiihhhhhaaaaaaaaa.....


Gambar Fav..kite yg amik nih..hahahaa..

Kesemua aksi ini adalah rekaan semata-mata..tiada yg secara tidak sengaja..semuanya sengaja..

Aksi di kolam renang yg paling penat..brapa kali tah shot tu di ambil..huahahahaaha...

Sakitnya!!!

Aduuuuuhhh..!!!

Sakitnya..knape pulak ni..

Pukul 2.30 pagi tadi tibe2 kite terbangun..rase macam senak perut, lepas tu sakit belakang pulak...aduh..rase mencucuk2 je dlam badan ni..memang sakit sangat2..hampir dua jam juga la kite menahan sakit..hujan start sampailah hujan berhenti, sakit kite xhilang2..macam2 formasi dah kite lakukan..mengiring,meniarap,telentang,duduk,berdiri..semua tak jalan juga..sakit masih juga ade..

Aduh..sampai bila la nk hilang sakit ni..Dok terpikir juga..lewat sgt ke berbuka td..tak juga..masuk angin lg ke..sebab lepas je majlis berbuka,badan masuk angin..sakitnye sampai nk muntah..dila la jadi penyelamat..(jadi tukang urut)..lega sikit dari sebelumnya..ingatkan tak dapat tido dah..tapi,selamat...tido awal dari yang dijangka....

Tapi,secara tiba2 terjaga pagi tadi...sakitnya lagi dasyat dari malam tadi..nak kejutkan dila,kesian..tengah sedap tido..nak kejutkan dak2 bilek(adik2)lagi kesian..esok dorng ade kelas..aduh..memang perit..terpaksa lah mengurut sendiri..tapi penat juga..tangan tak sampai pula ke blakang badan..nak buat tak tau,xleh juga..nak tido je terus..lagi la tak dapat..sakit bukan kepalang lagi..

Akhirnya..terpaksa juga membuat rawatan tradisional kat diri sendiri...lama juga la..sampai tertido..dalam lena tak lena juga la..tapi tangan lenguh juga mengurut tak henti2..

Pg ni bangun da tak rasa senak lagi dah..tapi sakit belakng still ada...ok la tu..daripada jd mcm pg td..

Ini kejadian kali ke-3..1st time kena time sekolah dulu..sampai muntah2 kena urut..hahahaaa...

Majlis Berbuka Puasa (PERLU)

Semalam telah di adakan satu majlis berbuka puasa bersama Penasihat, Alumni dan Ahli Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar(PERLU) bertempat di Kolam Renang UiTM, Shah Alam.

Majlis telah dimulakan dengan gotong royong ahli dan alumni dalam menyediakan kawasan berbuka puasa. Ada di kalangan alumni yang sedia membantu dan datang awal untuk memberikan komitment serta sama2 menyediakan juadah berbuka yang telah dibeli. setiap ahli membeli sedikit kuih muih untuk menambah menu pada majlis berbuka kali ini. saya mengucapkan terima kasih kepada semua untuk sumbangan anda semua.walaupun sedikit, tapi apabila di kumpul semuanya, menjadi banyak. tak terkecuali juga En.Hisyam dan keluarga yg datang membawa kek coklat(mcm birthday la pulak).

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa, seterusnya sembahyang maghrib berjemaah..kemudian jamuan makan diadakan dan di hiburkan dengan nyanyian nasyid, hari raya dan juga lagu tema final camp(sempat juga budak2 ni).sesudah makan, sembahyang isya' dan tarawih diadakan.

majlis diakhiri dengan sesi fotografi(oleh wartawan Sinar..hehehe...tolong promote je) dan juga ucapan Hari Raya sebagai kenang-kenangan(Abg Mus paling over skali)..semoga majlis seperti ini dapat diadakan selalu(bak kata En.Din-"Tradisi mcm ni dah xada di fakulti").so, kitalah yang akan memastikan tradisi gathering akan sentiasa ada.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat2,alumni2 dan juga ahli kerana sudi hadir,walaupun jauh(bagi penasihat dan alumni) anda sudi hadir dengan jamuan yang tak seberapa dan kepada orgenizer, yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa ini...

sekian..

Monday, September 8, 2008

Berbuka

semalam..
berbuka puasa di rumah abg malin..mula2 ingatkan tak ramai..selang beberapa jam..ada pula yg mendafterkan diri..kite,dtg awl dengan abe,abg boy,abg mie,boxer..abg shawn mmg dah ada kat sana..dalam pkul 2lbih..dorng semua pg memancing kat sungai..kite dduk kat umah je..kite tolong kak nurul..tp xtolong byk sgt pon..hehehe..

bila time nak berbuka..baru lah rumah abg malin penuh..meriah juga la..cam raya pon ada..lauk2 walaupun simple..tp beselera juga la..kuih muih yang kwn2 yg lain pun dah cukup bnyak untuk semua..kami semua makan penuh kesopanan..makan bersila..=)

kak nurul pnya kan keli mmg best..mkn ngan air asal..fuh..sedaaapp..mee goreng kak nurul pun sdap..wlaupun puasa,tp mee greng yang kak nurul memang cukup rasanya..tak kurang juga ngan air rahsia yang abg malin buat..walaupun fresh dari botol,tapi ada bahan campuran yang abg malin letak,hanya kte,kak nurul ngan abg malin je yg tau..

terima kasih untuk jamuan berbuka semalam...

Thursday, September 4, 2008

trip to...


first trip ke pulau Sah Kecil..Pulau herba la utuk nama glamournya..uish..kat sini banyak leh tgk pokok2 yg boleh buat ubat..memenag banyak..kat sini juga xlepaskan peluang nk minum kacip fatimah..da org sana bagi free,kite minum la..siap tapau lagi tu..seronok..pengalaman makan daun yang amat pahit,waduh..untuk mngelak daripada gigitan nyamok..lupa la pulak nama pokok tu..sepanjang perjalanan dalam taman herba ni,ada jalan refleksologi..jalan batu2 daa..waduh,skit bangat..tapi kontrol ayu gak..hehehe..pemandangan dari pulau ni memang cantik..


bersebelahan Pulau Sah Kecil,ada Pulau Sah Besar.dekat pulau ni ade satu resort persekutuan..so,untuk kerajaan pnya worker la boleh stay kat sini..memang cantik lagi menarik..untuk menghubungkan pulau sah kecil ngan sah besar..ada satu jambatan..cantik gak la..tapi xsempat nak amik gambar...

selepas ke pulau herba,kami menruskan perjalanan ke air terjun saok...
fuh..akhirnya sampai juga kami di air terjun saok..wlaupun hmpir dua bulan praktikal di KOLA, baru sekarang dapat berkunjung ke sini..perjalanan naik ke air terjun,kite ngan kwan2 yang lain ternampak tapak peningalan kaki gajah(jumbo abe kot)..sempat juga pose kat situ..

bermandi manda selama 2jam..penat juga la...our jouney trus ke fish farm..byk gak ikan kat sana..ngatkan nk beli..tp,duit pon xbawak..uhuk..tapi pengalaman menarik untuk hari tu..best juga la..

yang blom pernah singgah kat tempat ni,ape lagi...tempah la tiket..banyak yang boleh dipelajari,boleh dihayati ciptaan tuhan yang cantik2..so,jangan lepaskan peluang untuk travel ke Tasik Kenyir(promote la pulak)..

cerita terbaru akan bersambung...

Tuesday, September 2, 2008

akhirnya...


wahhhh....
akhirnya habis juga latihan praktikal kte kat Kenyir Outdoor Leadership Academy..tarikh praktikal sebenarnya habis khamis ni,5hb sept..tapi..operation manager,en.khairul annuar b.abd majid..dia bagi kebenaran utk kte dngan geng2 praktikal yang lain untuk balik awal..tapi dengan satu syarat..tiada cuti bagimu..hahaha..tapi kami xkisah..selama sebulan terakhir..kte xamik cuti langsung..untuk mengantikan cuti2 yang tak diambil..dapat juga la balik awal..lagipun...bulan cuti xade program..sepanjang praktikal kat KOLA,banyak yang kte belajar..dari secara teori sampaila ke praktikal..tapi bila ade program..memang penat..tapi seronok...lepas ni..kerja seterunya adalah..menyiapkan report untuk disubmit lepas beberap hari selepas raya nanti..banyak yang nak kena buat..fully report..huhuu..

untuk pengetahuan,banyak pengalaman yg kite belajar disamping mencari kenalan baru..bila dduk kat sana,tak ade sikit pun jurang antara staff,org besar,instrktor rekreasi k.berang dngan student praktikal..smua mcm adik beradik..ada masalah,dorng mesti akan tolong untuk solve problem yg kte ngan kwn2 yg lain hadapi..tak rase tersisih pun..seronok..tp kadang2 teringat juga dekat kwan2 kat shah alam,teringat gak aktiviti2 kat luar..bila duduk kat dalam,rasa macam jauh dari masalah,tapi xnampak dunia luar..susah nk keluar..van KOLA masuk 'spital'..sebab budak praktikal lepas xcident..tapi walupun xdapat keluar selalu,kami kat dalam still buat aktiviti sendiri..pg memancing,mandi kolam,berkayak pusing pulau(rekod terbaik persendirian 37min),buat game sendiri,training rolling(=P)..kadang2 kalau nk pergi kedai runcit,kami berkayak je..seronok..tapi kalau dah lambat,naik bot je..selalunye kedai Kak Lah selalu jadi 'mangsa' keadaan tempat lepak kami ngan staff2 yg lain..pengalaman cukup menarik..walaupun cuma 2bulan je..

Kenyir Outdoor Leadership Academy(KOLA),nama yang xasing bagi yang pernah berkunjung ke Tasik Kenyir..walaupun kawasan resort xsemewah seperti resort2 yg lain,tapi pengalaman dalam bidang rekreasi boleh didapati di KOLA..tapi,untuk pengetahuan..kemungkinan,lepas ni,xada lagi nama KOLA kat kenyir..lepas ni mngkin Pulau Poh akan mnjadi kawasn Orchard..sekarang tengah usulkan kawasan Pulau Poh,kawasan resort jadi dusun buah2an..tapi walaupun nama akan bertukar,kawasan akan berubah,tapi kawasan perkhemahan still akan ada..kalau sesiapa pernah ke Agro Setiu,macam itulah kawasan Pulau Poh akan di bina..

secara ikhlasnya kte ingin katakan,segala yang ada dan dipelajari di KOLA amatlah bermakna..tak rugi kte memilih untuk praktikal di KOLA..jadi kepada yang ingin menjalankan latihan praktikal di sana..berniatlah dengan betul semoga apa yang dipelajari akan mendapat berkat serta yang dipelajari dapat di praktikan dengan betul..

kte berterima kasih kepada KOLA kerana sudi menerima saya untuk latihan praktikal disana...ribuan terima kasih juga untuk insan yang memberi cadangan kawasan praktikal yang dapat memberi ilmu didalam bidang rekreasi,walaupun tak sebanyak yang di harapkan..
alhamdulillah..syukur..

Friday, August 15, 2008

dahulu....sekarang...selamanya..

esok tiba masanya utk kite kembali ke tempat kerja...ahad da stat kerja balik..esok juga la final camp budak diploma akan bermula..teringat balik time final camp kite dulu2....boleh tersenyum sendiri je bile ingat blik saat2 manis..bila kita jadi participant,memang kite akan rasa susah payah bila nak menghadiri kelas2 rekreasi ni...banyak prosedure yg kita kena buat..leceh...tapi kalo di fikir2kan balik...yang leceh ni la yang mengajar kita untuk jadikan benda2 yang lain jadi senang..sebagai contoh la kan,servis dapur..ala..leceh la nk kena servis,beli je yang baru...tapi,kalo diamati dan difikir2kan..baik buat sendiri daripada membazir duit,benda still boleh di pakai..cuma malas je nak buat...betul tak??tapi kenangan waktu tido kat stor pon still dalam ingatan..kena sentry..kat situ la kita akan tgktrue color kawan masing2..
itu la hakikat...kte tau,ada juga student yang benci sangat nak ikut kelas ni,disebabkan subjek yang ada dalam silibus,terpaksa la ikut...bagi dorang,asalkan lulus...tapi bagi kite,benda ni adalah pengalaman baru bagi kite...tak semua orang boleh merasa pengalaman macam ni...
"outback,outcast,outlast...of pangkor"! slogan ni still kite ingat sampai sekarang..slogan yang agak panjang..hehehe..kadang2 teringat balik aktiviti2 yang kite buat kat sana..paling seronok bile dah habis final camp...wah..dapat tido lepas sekian lamanya..tido sambil berdiri tu tunggu bas punya pasal..=) boleh tesengeh sorang kalo macam ni..

esok..tiba masanya adik2 kite plak melalui saat2 yang penuh makna ni..benda ni akan bagi pengalaman kat adik2 kita..hope diaorang tak akan sentiasa berfikiran negatif bila ada di kenyir nanti...pelajarilah ilmu2 yang akan disumbangkan oleh abg2 dan kakak2 disana...amik yang baik...jangan jadikan teguran yang diberikan sebagai suatu perdebatan diantara pihak senior dan junior...tiada niat lain selain untuk melihat mereka berjaya..

kepada rakan2 yang akan mengendalikan final camp untuk semester ini...semoga berjaya dan jangan sampai anda dipandang hina oleh mereka...you are the best!!

esok,kite akan bertolak ke tasik kenyir bersama pelajar2 diploma pengajian sukan,pelajar2 ijazah pengurusan sukan dan instruktor2 yang terlibat..

hujung bulan ni,barulah blog ni akan beroerasi seperti sediakala...

semoga semuanya berjalan dengan lancar..

Thursday, August 14, 2008

kembali...

fuh..hampir sebulan kte menjalani latihan praktikal di Kenyir...akhirnya sempat juga menebas kawasan yg da lama bersawang nih..
di pendekan cerita pengalam kat sana memang menarik..banyak aktiviti rekreasi yg boleh dipelajari..tapi,belum berakhir disitu lg..sabtu ni,kte akn bertolak balik ke Kenyir..praktikal blum habis lagi..ada lg benda yg nk di pelajari..semoga kehairan kte di Kenyir Outdoor Leadership Academy(KOLA)dpt memberi 1oo1 makna dan pembelajaran di dalam bidang rekreasi dapat dikongsi bersama rakan2 yg lain..

lepas ni,start bersawang balik la blog ni...tapi,tak apa...sekejap je...smpai hujung bulan...

sekian...

Monday, June 30, 2008

alahai kenduri..

alahai...
sibuk sungguh minggu ni..macam2 nk kena buat..kenduri dah dekat..khemah pun tak pasang lagi..rumah pun belum siap dikemas lagi..bila la nak siap semuanya..
minggu ni betul2 sibuk..kadang2 tu,da nk masuk malam balik,baru mandi..(mandi pagi)..teruknya...sepupu,sedara mara..makin hari makin bertambah dalam umah..semua datang nak membantu..seronok juga kerja ramai2 ni..tp kadang2 penat juga nk melayan karenah masing2..esok lusa..nenek pula datang..meriahnya..macam nak raya pun ada..macam ada kat srawak pun ada jugak..tapi,meriah2 juga..kerja kena diteruskan..
macam kebiasaan la...kalau yg lain dok mengemas and buat apa yang patut,kte jadi 'chef'nya...kte la jadi tukang masak untuk makan tngahari..kalo tak masak..semua kebulur sampai ke petang..sambil2 mengemas..uncle kte pulak pasang karaoke..lagi la meriah..mengemas sambil menyanyi..heheheeh...dari lagu 60an ke lagu rock kapak..ganas juga uncle kte nih...sebenarnya nak hilangkan kebosanan je..
dari hari ke hari..kemas punya kemas..'clear' juga la rumah..tapi nk kena 'touch up' lagi..majlis kahwin..kena la nampak meriah..bukan majlis berkabung..uhuk..
di anggarkan akan mula potong memotong untuk masak nanti akan mula khamis malam..mengupas apa yang patut la..kami xpakai katering..kami tempah katering dari sarawak..(sedara mara)hehehe...konfirm penat..malam jumaat baru potong yang basah2..pagi sabtu pulak stat mereneh sup..ooppss..da gtau lak menu...tak pe..yang lain rahsia..
nasib baik majlis buat malam..kalau buat tengahari..mau berpeluh la kte hari tu...
hmm...kepada semua pembaca..datang la ke majlis abg kte..anda di jemput hadir...=D

*belum sempat bersemak samun lagi..baru bersawang...=P

Sunday, June 22, 2008

terkejut

semalam..
on the way balik dari mid valley,kite accident..actually,bukan kereta langgar kereta..kereta langgar orang..i hit a man..
it's not my fault..
di pendekan cerita..dekat highway guthrie,i'm heading to subang jaya,ada 1 guy ni..dia try nk crossed the highway dgn motorsikal dia ke highway sebelah lagi..motor tu dari arah berlainan..so,sebelum terjadi excident tu,ada satu satria putih bawak laju..biasa la..highway..semua orang nak laju..satria tu disebelah kanan bahu jalan..memamg pun laju.motor tu terkena satria..so..mamat tu pun tergolek ke tengah jalan..kite bawak kereta time tu terkejut besar..then suddenly buat emergency break..tapi..jarak nak buat emergency break tu macam tak cukup untuk mengelak daripada melanggar mamat tu tadi..so,i hit that guy..bukan sengaja..tak dapat nak control kereta dah time tu..then,mamat tu tercampak atas kereta yang kite drive..nasib baik brek kereta makan..kalau tak,teruk juga mamat tu..cermin kereta pecah..tapi tak bederai..bila mamat tu jatuh,kite rasa kite dah langgar kaki dia pulak..waktu tu..hanya tuhan yang tahu betapa takutnya kite kalau apa2 terjadi kat mamat tu..mau kite kena tuduh langgar mamat tu..pastu..kite move kereta ke tepi jalan..bila kite keluar semua orang tengok kite macam kite yang bersalah,motocyclist dekat tepi tu pu ramai yang berhenti nak tolong mamat tu tadi..mamat tu pula bangun and macam tengah tahan sakit..before kite keluar kereta..kite ada dengar bunyi sumthing yang kuat kat belakang..time keluar dari kereta,baru kite tau..ada satu bas ni langgar bas satu lagi sebab buat emergency break,because takut akan langgar mamat tu tadi..
mamat tu pulak,bila dia dah pakai balik kasut dia yang tercabut tadi,dia terus ketengah2 divider highway tempat motor dia jatuh tadi..terus belah..lepas kite call kakak,kite cari juga mamat tu,nak mintak butir peribadi..tapi bayang pun tak ada..driver bas tu cakap..mamat tu dah lari..mamat tu bagi alasan kat driver bus tu..bapak dia sakit,nak balik cepat..tapi mamat tu tak pulak ikut jalan yang dia nak cross tadi..
kite da menjerit and marah2 pasal mamat tu tadi,bukan apa..semua tengok kite macam nak marah kat kite sebab langgar mamat tu tadi.then,dorng dapat tahu dari driver bas,yang mamat tadi yang bersalah..
punya la sakit hati..kite time tu dah menggigil sangat2 dah..terpaksa relaks sekejap sebelum bapak kite call, suruh kite balik rumah terus..
benda ni betul2 buat kite takut..nasib baik kite tak apa2..alhamdulillah..
kalau tak......hmmm....entah la..

so,kepada penunggang2 motosikal,ikut peraturan jalan raya..dah ada laluan motor,jangan pandai2 pulak nak ikut jalan besar..kita tak tahu apa bala yang akan terjadi kalau ikut jalan besar..kepada pemandu pula,kalau highway cakap 90km/j..ikut saja la..kite pun ikut peraturan jalan raya..fikir2kan lah....

"Berhati-hati dijalan raya...ingatlah orang yang tersayang"

Friday, June 20, 2008

praktikal..

hmm....
lagi brape minggu nk start klas balik..tp kite final year..praktikal pulak..
skarang ni kite still tak tahu yang fakulti dah hantar ke belum surat kat En.Khairul(KOLA)..
macam tak sabar pun ada gak nak praktikal kat sana..ye lah..senior2 yang dah praktikal kat sna semua cakap boleh belajar macam2 pasal rekreasi kat sna nanti..seronok je bunyinye...ye lah..bukan senang nak belajar sumthing new kat tempat orang..dengan orang yang kita tak kenal pulak tu..bila dapat belajar banyak benda..bila balik,boleh share ngan geng2 yang lain plak..
fuh..lama tu praktikal sana..3bulan..paling mencabar skali..betembung pulak dalam bulan puasa..waduh...dugaan2..
tasik kenyir...1st time datang sana pun...kite macam terkedu..sampai balik..kite still tak percaya yang kite berada dekat tasik buatan manusia yang terbesar kat asia tenggara nih..setahu kite la kan..tasik kenyir ni start dibuat pd tahun 1978 sampai 1985..asal nama kenyir ni pulak dari sebatang sungai yang ada kat bawah tasik ni sebelum tasik ni dibuat..sungai kenyir..hmm..pelik pulak bila disebut..tapi tu la hakikat..
kite ingat lagi bila kite bawak kayak budak2 final camp..awan berkepul depan mata..mula2 terkejut..tapi..bila diingatkan balik..baru teringat,tasik kenyir ni dekat kawasan atas..memang la awan berada pada aras mata je.. =)
hope..pemergian kite,dila dengan ajoi akan membuahkan hasil..
semoga berjaya...gambatte!!

Monday, June 16, 2008

oh..begitu...

al-kisahnye begini..
kite asal usulnya berskolah di sekolah sukan..so semua benda yang di buat msti ade kena mengena ngan sukan gak..ye la..kat sekolah sukan jarang jumpa benda2 rekreasi ni..tp bila da jumpa,jd excited lbih ckit la..agresif..

nak dijadikan cerita..kite dah terjebak ngan benda rekreasi time skolah menengah..time tu skolah ade buat camping..'perkhemahan kepimpinan'..memang syok time tu..yang paling best time race..race time tu agak menarik..dalam race tu ada basic survival,orienteering,jungle trekking,ada task cari clue dalam laut,lepas tu,belari balik terus kat camp site..yang kite ingat la..kat pangkor time tu..kat teluk nipah..petang plak,buat abseiling..syok..tapi pnat nak panjat bukit..heheh...stat tu la,minat kat rekreasi..time tu..bila tengok tali temali yang mcam-mcam jenis,jadi seronok plak..bila abg2 fasi terangkan yang tali seciput tu boleh tmpung sebijik kereta..lagi la teruja..waktu tu,ingat nak tanya lbih2 kat abg2 tu..tapi,aktiviti kite time tu pun pack..xdpt nak tanye lebih lanjut..

xde tmpat nk belajar,ye la..kite budak skolah lagi time tu..nak cari kat luar pun..bukan tau sgt..dulu kite xtau pon ade 'level 1' 'level 2' nih..so..terkubur la minat kite time skolah dulu..lepas tu just fokus dalam sukan yang diceburi je..

nak dipendekan lagi cerita..dalam uitm la kite jumpa rekreasi yang sebenarnya yang kite boleh belajar dari A-Z..sem 2 kite amik subj outdoor..menarik..walaupun agak penat time tu,ye la..dengan kelas gimnastik ngan swimming lagi..tapi kite enjoy buat semua tu..the first time i learn knotting,btul2 excited..coz that time,i just knew that there are many type of knotting that i didn't know before...mula2 mcam agak payah jugak la..lepas tu..kira ok gak..ingat2 lupa..

time 1st camp subj outdoor(sempat berguru ngan en.syam sblm en.syam fly ke Aus),buat kat sg.lopo..huh..yang xboleh belah,time tu kite demam..badan penat sangat2..malam tu pulak ade ujian tali..aduhh..kite takut tak lepas pulak..ye la..dengan keadaan penig2 lalat,kite kuatkan jugak semangat..minat tali..kna la tunjuk yang kite boleh buat..tapi,malam tu jugak kite lupe semua cara ikatan..en.syam panggil setiap seorang dr setiap group,kalau dapat buat dalam masa yang dia bagi,kitaorang akan dapat satu point..point paling banyak boleh tido awl(awal2 pun,time tu dah jam 1pg)sejuk jgak time tu..time tu..gilran kite plak untuk test..da cuak da time tu..yang kite ingat,1st ikatan yg en.syam soh kite buat time tu,sheetbent..aaahh...dengan konfidenye kite pon buat la..sekali tu betul..stat tu kite dah berkobar2 nk buat test yg lain..sikit2 kite yang kuar utk wat ikatan tu..gila kuasa sekejap..hehehe..last2 group kite dapat tido awl..group lain still dengan ikatan dorng..jadi seronok pulak malam tu..esok pulak,ada mountain biking..macam nak tecabut kepala lutut..tp,kite xnak orng pandang kite lemah..kite kayuh gak walupun sakit..tengahri kitaorang pergi trekking..nk pergi wterfall..ade dak fisio xbagi kite naik,die cakp,kite demam panas,takut kite tiba2 pengsan..xde sape nak angkat nant..huhuu..tp,alhamdulillah..sampai jugak kat wterfall tu..=P

final camp plak buat kat pangkor..kat situ mmg all out kite utk subj ni..kite banyak belajar dari PERLU sebelum ni..bila wat kat pangkor,bergabung plak ngan arau..memang berbeza sgt2 pngetahuan kite ngan diaorang..selama seminggu kite bg full comitment utk subj kite tu..habis je final camp,kite ngan dila terus cari abg mus..dia la yang rajin becerita dgn kite pasal aktvti yang PERLU buat..start tu la kite dah join rekreasi..mula2 takut gak nak join..yela..muka masing2 mcam nak makan orang pon ada..tp kuatkan hati gak time tu..join juga..pernah time buat test tali dekat fakulti kite nangis sebab xsempat nak buat clove hitch..nangis gak la..ye la..benda lain boleh buat..tapi yang simple camtu kite xbleh buat..tp,bnda tu la jadi pngalaman manis..

en.syam pernah cakap..'jack in all trades,master in one..'so,kite pilih tali untuk di'master'kan..bila join PERLU lah kite belajar serba sedikit pasal rekreasi and cara comunicate dengan orang ramai..dulu kite jenis xkonfiden becakap kat depan...sekarang dah boleh..

lepas ni,kite nak cari lebih pengalam lagi kat luar bile dah habis belaja..hope time kite praktikal nant,kite dapat belajar banyak benda kat sana..

hurmm..cam da banyak plak kite bercerita..setakat ni,ini je la cerita yang kite ada..nak kata background outdoor yang kuat..tak juga..banyak kite belajar start masuk uitm..belajar dari class,kwn2,buku,internet and pengalaman...

setakat ni je la cerpen kite yang agak ringkas ni..
pas ni..boleh la share pengalaman yang ada dengan kite..
ok...


chow!

Saturday, June 14, 2008

penemuan baru...

salam...
kpada semua yg baru nk stat bace blog kite nih..msti cam agak terkejut kan..tbe2 je minah ni dah ade blog...ye la..bukan terer mane pon bab2 macam ni..
kite buat blog ni pon lepas terpengaruh dngan blog2 yang dah sedia ade yang penah kite baca..macam agak menarik je kan,banyak cerita tntang kita boleh share ngan semua orang...

sebenarnya,sejak tgk blog 'coretan di kala senggang' lg kite cam berminat nk buat blog ni..tapi..nak buatnya yang tak reti..huhuuu...alhamdulillah..selepas dok mengusha blog kawan2 yang lain..tercetus la idea nak ber'blog' juga..

ha..kebanyakan kawan2 dok cerita tentang cmane boleh minat lam outdoor..kite pon nak gak cita..tapi lam next episod la..banyak benda lagi nak belajar ni..

hope yang dah berpengalaman boleh ajar kite lagi...


=) chow!