Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Tiga puluh April dua ribu sebelas

Sebelum kejadian...

Masa kejadian....

Selepas kejadian....

Bersama 'punca' kejadian...

Senyum molek cket abe oii...

30hb April 2011....

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa bagi Semua umat Islam...

Sunday, May 23, 2010

insan

Kadang-kadang manusia tidak nampak akan kebaikan seseorang itu terhadapnya, tetapi cepat sedar akan kekurangannya. Perlukah seseorang itu lengkap segalanya untuk disukai oleh orang lain? Ataupun perlukah seseorang itu yang perlu memulakan segala puji-pujian agar pujian itu akan terbalas?

Kadang-kadang manusia tidak pernah bersyukur diatas pemberian Tuhan kepadanya.Mereka hanya tahu ingin sesuatu yang lebih daripada orang lain walaupun mereka tahu ianya sukar untuk dipenuhi. Mereka juga tidak dapat menerima kenyataan akan kekurangan yang mereka miliki dan hanya memikirkan akan kemegahan.

Kadang-kadang mereka lupa akan asal usul mereka sebelum ini. Mereka cuba mencipta identiti baru bagi menarik perhatian yang lain supaya dikenali. Mereka tidak sedar akan perlakuan mereka yang mungkin akan dipandang serong oleh orang yang telah lama mengenali mereka. perasaan jengkel mungkin akan terbit dari isi hati mereka tentang orang yang mula melupakan diri.

Kadang-kadang manusia terpaksa berkorban segalanya hanya untuk kebahagiaan pasangan mereka tanpa meminta pembalasan. Ada juga yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka bahagia tanpa memikirkan akibat pada diri sendiri. Dengan cara ini sahajalah mereka boleh menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka kepada orang yang dikasihi.

Kadang-kadang manusia merasakan hidup ini tidak adil bagi mereka. Ada juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bagi melepaskan kemarahan mereka. Mereka merasakan orang yang ada disekeliling mereka tidak menghargai mereka dan merasakan mereka adalah beban kepada segalanya.

Kadang-kadang manusia hanya tahu menunding jari akan kesalahan yang telah dilakukan. Ada juga yang sanggup menipu untuk mengelakkan daripada dituduh dan mengekalkan imej 'bersih' dikalangan rakan-rakan yang lain. Mereka merasakan merekalah insan yang paling mulia dan merekalah orang yang wajib dikenali oleh setiap orang.

Kadang-kadang kita tidak perasan akan insan yang ada disekeliling kita. Ada yang cuba menjatuhkan diri kita dan ada yang akan membantu ketika memerlukan. Tidak semua daripada kita menghargai insan yang bergelar keluarga, kawan, kekasih, mahupun hanya kenalan biasa. Hidup ini hanya sekali, janganlah diabaikan insan-insan yang ada disekeliling kita sebelum terlambat....

Friday, January 1, 2010

Untuk kali ke-3...

Ini adalah kali ke-3 kite mengalaminya..

Sekali lagi kereta yg kite naiki mengalami kemalangan..

kejadian pertama seminggu sebelum raya..Dah lama juga la..Waktu tu tahun 2004..Hujan renyai2,kite,kakak dan anak buah dalam perjalanan balik ke rumah..Nak dijadikan cerita, kami pon berhenti di lampu isyarat berhadapan Jusco Bukit Raja.. Tiba-tiba,kami dilanggar daripada belakang.. Tengah seronok2 nyanyi lagu raya, kami terkejut. Tercampak juga la anak buah atas dashboarrd kereta..Berdarah bibir budak kecik tu dan menangis tak henti2.. Waktu tu, malam.. Semua jadi dengan pantas..Orng yang langgar kami waktu tu student.Sakit juga otak time tu.. Semuanya diselesaikan di balaii polis.. Masa balik raya, bdan semua lebam2..seksa juga la nak bangun..Kalau nak tgk kesan eksident, dkat dahi kakak masih ada bekas..heheheee..(mcm flwrhon)

Sekali lagi kite mngalami kemalangan.. Kali ni kite berseorangan..Sebelum ni kite pernah postkan tentang kemalangan tu.. Gerun juga bila kena.. Hampir setengah tahun juga la tak bawa kereta..Nasib baik masa tu praktikal di Tasik kenyir.. Tapi sampai sekarang fobia masih ada setiap kali bawa kereta dan motor ada disebelah..

Semalam, kejadian dahulu berulang kembali.. kali ni, mak dan anak buah turut berada didalam kereta.. Memang salah orang yang langgar tu.. Keluar roundbout tak berhenti.. Terus memandu laju.. Proton Persona telah melanggar Myvi yang tak sampai setangah tahun digunakan..Sekarang kereta ada didalam bengkel, mungkin isnin ni siap.. Nasib baiklah orang yang melanggar sanggup bertanggungjawab.. Dia rasa bersalah dann akan membayar semua kos membaiki dan perubatan.. Dia ada cakap, dia tak perasan ada kereta di hadapan sehinggalah anaknya memberitahu... Kesian kat anak buah, kelopak mata dia luka pulak..nasib baik kali ni dia tak melalak macam sebelum ni.. Mak ada cakap, lepas ni dia akan buat majlis doa selamat untuk family..

Aduh, badan pon masih lagi sakit..Waktu kemalangan semalam, lutut kite terhantuk pada pintu kereta..Sakit balik.. Elok-elok dah boleh jalan tak bertongkat, terpaksa bertongkat balik...huhuhuuu....Dugaannnn...



p/s: berhati-hati dijalan raya...

Wednesday, December 16, 2009

Apakah benar?

Benarkah..

Bila seseorang merasakan yang mereka sudah cukup lama dan berkuasa, mereka akan cuba menjatuhkan yang bawah. Mereka menyangka mereka sudah lama dan sudah 'matang' dikalangan yang lain, atau mereka cuba menguji ke'matangan' mereka. Walhal mereka tidak sedar mereka masih perlu memperbaiki diri. Ada juga dikalangan mereka merasakan, arahan dan kata-kata daripada pihak atasan tidak perlu diendahkan selagi masih ada orang bawahan yang mampu membuat dan melaksanakan tugasan mereka. Ada juga yang mempertikaikan tanggunjawab yang telah dipertanggunjawabkan kepada mereka suatu ketika dahulu.

Kenapa perlu bertikam lidah hanya disebabkan satu tujuan?? Adakah mereka fikir akan kebaikan yang mereka akan dapat?? Atau mereka belum sedar akan tujuan tersebut dan menganggap ianya tidak penting bagi mereka jalankan dan merasakan ia hanyalah 'tugasan kecil'.

Tanggungjawab yang telah diamanahkan sepatutnya dilakukan bersama-sama dan melalui pengalaman inilah akan dibawa pada masa akan datang dan bukan untuk dibanding-bandingkan tetapi untuk rujukan kepada yang lain.

Tuesday, August 4, 2009

Tidak lama Lagi


Hanya beberapa hari lagi kami akan menjalani amali perkhemahan akhir pelajar SR 221 (03) yang akan diadakan di Pulau Kapas, terengganu bermula pada 14 ogos sehingga 19 ogos 2009..

Buat masa ini persiapan kami untuk ke sana telah berjalan seperti yang dirancang.. Kadang-kadang apa yang dirancang tidak menjadi..
Ada beberapa masalah yang timbul.. Ada yang dirancang tidak dapat dijalankan, sudah mendapat kelulusan tetapi masih tergendala perjalanan pengurusan kami.. Jika dilihat, sepertinya kami tidak berbuat apa-apa untuk perkhemahan ini.. Tetapi, tuhan saja yang tahu perasaan kami ketika ini.. Betapa gelisahnya kami jika program ini tidak berjalan dengan lancar..

Untuk semester ini, kelas kami telah digabungkan dengan kelas pelajar baru (baru masuk-ex-dip) dan jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai 44 orang.. Tidak seperti kelas yang sebelumnya yang mana pelajar tidak melebihi 25 orang..Dengan jadual kami yang berlainan, menyukarkan lagi kami untuk berkumpul... Tetapi, itu tidak akan mematahkan lagi semangat kami untuk bersatu dan bekerjasama...
Kami amat berharap perkhemahan ini berjalan dengan baik...

Walau banyak dugaan yang menimpa kami, kami akan cuba untuk menyelesaikannya.. kami mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan memberi kerjasama kepada kami.. Dengan bantuan semua pihak yang berkenaan, program ini akan berjalan dengan jayanya...
Doakan kejayaan kami....



*Walaupun dengan kecederaan yang dialami kini, ia tidak akan melemahkan semangat saya untuk mengikuti program ini. Saya akan buat yang terbaik...Diharap rakan-rakan yang lain juga dapat membantu dan memudahkan perjalanan program ini.....

Tuesday, July 21, 2009

Minggu ini...

Minggu ni minggu penuh dengan cabaran dan dugaan...
Apa yang cuba dilakukan, semua mendapat tentangan..kadang kala mendapat pujian..Ada juga yang tidak bersuara..Tidak semua yang kita lakukan akan dapat seperti yang kita harapkan..Segalanya bergantung pada keadaan..Keadaan juga memaksa kita untuk melakukan apa yang kita perlukan, namun ianya juga tidak kesampaian..Segala yang dirancang juga tidak kesampaian apatah lagi yang sememangnya sudah dirancang sejak awal lagi...

Minggu ini juga penuh dengan suka dan duka..
Ada kalanya kita ketawa bersama..Dan ada ketika..menangis sendirian..Sehingga ada yang menyangka kita sentiasa didalam kegembiraan..Namun ianya hanya palsu belaka..Hanya perlu tabah menerima dugaanNya..Namun ada juga yang membenci diri kita..Adakah kita sendiri yang membina kebencian itu??Tidak perlu berteka teki..jawapannya pasti kita sedari..

Dengan mengumpul kekuatan..Adakah dapat dibangkitkan kembali semangat pada diri??Jangan dibiarkan ia menguasai diri kita...Kita perlu tabah menghadapinya serta bersabar..




Thursday, May 28, 2009

Alhamdulillah...

wah..

Macam tak percaya la pulak..Esok kte Konvo..Pejam celik,dah habis 3taun blajar..Skrng ni pun smbung amik Degree..
Hope study tuk Degree ni habis on time ngan result yg Best!

Kepada yg nk Konvo esok...Tahniah!!!
Jumpa Esok...

Sunday, May 17, 2009

Kehidupan....

Sejak kebelakangan ni..Pelbagai dugaan dan cabaran yg telah kite lalui..

Kadang-kandang,kite hampir tewas..Banyak masalah yang kite kadang2 tak sangka akan menimpa kite..Betapa sakitnya perasaan kite..Hanya tuhan saja yang tahu..

Adakah ini salah satu dugaan yang kite dapat daripadaNya?Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa kite...Kite cuba mengatasinya serta menerima dengan seadanya..Mungkin hanya dengan bersabar,dan berdoa,kite akan menemui jalan penyelesaian...Diharap kite tak cepat melatah dengan ape yang menimpa diri kite...

Thursday, March 5, 2009

Boleh pula..

"Ko jgn la teruskan hubungan ko dgn dak sarawak tu..Aku tahu sgt perangai org sarawak,aku boleh baca la perangai orang sarawak....."

Perh...menyirap juga bila dengar perkataan tu dari seorang lelaki yang ingat bagus sangat diri dia tu..mana tak nya, macam-macam dia komen pada rakan dia yang seorang lagi ni...

Kejadian ni berlaku sekitar tahun 2008 selepas kite selesai Latihan Praktikal di KOLA..Kite ke Cyber Cafe berhampiran kawasan perumah kite..Pergi hanya nak buka internet,ada kerja yang perlu diselesaikan...Sedang asyik melayari internet, datang dua orang lelaki duduk selang 2 kerusi daripada kite..Bermulalah satu perbualan yang menyakitkan hati..

Si kawan asyik memberi ceramah pada rakannya, tetapi si kawan asyik dengan Counter Strike nya..Yang tak boleh kite terima cara si penceramah tu, dia ckp dia tahu sangat dengan perangai budak swk..Ape yg dia tahu...Kite pon pasang telinga lah masa tu..Dia ckp si kawan tu tak akan bahagi kalau kahwin dengan budak swk tu dan akan berpisah dalam masa yang singkat..Katanya lagi, majoriti budak srwk macam tu..Dia mnta si kawan berpisah shj dengan budak swk tu..Si kawan masih dengan muka slumber nya bermain Game..Si pemberi ceramah masih lagi membebel.."Aku ni kenal sgat org swk, bahasa dorng pun aku paham.." Ye ke faham??? "Aku tak nak tgk kawan aku tak bahagia bila kahwin nanti..Ko fikir2kan lah tentang ni..Kahwin bukan boleh di buat main2.."Dengan muka confidentnya dia berkata.."Baik ko kahwin dengan org semenanjung..Aku tahu la..Aku dah masak dengan perangai orang ni.."

Kalau betul faham, kenapa time kite borak kat fone dengan kakak kite, die xfaham..sekurang2nya laki tu mesti pandang kite..Ni tak..Dia tak sedar dia dok kutuk orang swk..Dah la cakap kuat2, macam CC tu dia yang punya..! Hati dah panas dah masa tu..Macam2 dia kutuk pasal orang swk..Macam2 dia mengata tentang org swk..Siapa tak sakit hati...Walaupon kite dah lama duduk kat semenanjung ni, kite tetap anak jati Swk..

Dengan muka bengangnya..kite bangun, Pergi ke counter pastu minta abg yang jaga counter tu bagi satu nota kat mamat tadi.."JANAGN INGAT SEMUA ORANG SWK SAMA..! NAK BERCAKAP TU PANDANG2..JANGAN MAIN LEPAS JE..!!!" Pastu kite balik..Nak marah depan2 tak berani, bukan ape..waktu tu dah kol 11 mlm..Dalam cc tu semua lelaki..Kecut juga perut

Monday, February 23, 2009

Minggu sedih

sedih...sungguh sedih...

Kesedihan telah menyelubungi diriku tatkala keserabutan menjelma..Ingin ku luahkan pada dunia..tapi..siapa yang ingin mendengar rintihan hatiku ini..mereka juga ada keserabutan mereka yang tersendiri..

Apa kan daya, minggu ini hatiku sungguh resah, hampir tumpas dengan perasaan sendiri..Inginku mengalirkan air mata, tapi tiada lagi air mata yang dapatku curahkan..Inginku marah, tapi salah ku juga didalam situasi ini..Apa yang dapatku lakukan hanyalah menanti..dan terus menanti...Ku harapkan kegembiraan akan menjelma pada minggu ini juga... Ku kan menanti saat-saat bahiaga itu.. Hidupku tidak lengkap tanpa diri'nya'.. Aku amat memerlukannya dikala ini dan amat menyayanginya..

Tapi, Kuharapkan keajaiban akan berlaku.. Ku harapkan sesuatu yang amat berharga akan terjadi pada diriku.. Biarlah hari-hari yang penuh cabaran dan keserabutan berlalu dengan pantas..

....Laptop masuk bengkel daa..Terhempas dari aras pinggang...Uuwwaaaa..!!!!......

*Fikir lain la tu.....

Sunday, January 4, 2009

Life..Life..Oh Life..

Hari ni, hari pertama duduk di kolej setelah seminggu kelas bermula..Penat juga nk punggah barang,nasib baiklah bilik tak terlalu tinggi..Roomate kite pun kawan satu kelas masa diploma dulu..

Sekarang kite tinggal di kolej yang lain..Itu pun dengan bantuan Pegawai pusat sukan untuk dapatkan tempat. Kalau tak,ulang alik la dari rumah ke Fakulti..Penat juga macam tu..Bukan tak nak duduk rumah sewa dengan kawan2 yang lain.. Cuma rezeki nak merasa duduk kat luar tu belum ada lagi.. Lagi pun,kite dah buat keputusan nak duduk kat dalam.. Entah kenapa hati ni nak duduk kat dalam.. Walaupun dah dapat greenlight dari 'Madam' nak duduk luar, hati ni je macam tak sedap.. Entah lah.. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian..huhuhuuu...Macam tau-tau je..(Memandai je).. Madam pun okey je kite nak duduk kat dalam..

Minggu ke-2 ke kelas.. Pening sikit.. Nak kena fikir plan kelas dari awal lagi.. Assignmnt.. Project... Presntation... Waarrhhh...!!! Lain dari masa Diploma dulu... Tapi, hidup mesti diteruskan.. Tak boleh cepat mengalah.. Kite akan cuba naikan semangat 'Yakin Boleh' dalam diri kite..(wah..wah..wah..!!) Mungkin dah lama sangat jadi penganggur yang setia.. Tu yang blank sekejap.. Nak menulis pun take time.. Boleh tahan juga cakar ayam tulisan kite..hahahaha..(Seni la katakan)

Apa2 pun, Gambatte bayo..!!!!!

Azam perlu diteruskan..... Semangat perlu ada..Chayok..Chayok!!
.
.

Wednesday, December 24, 2008

Pelajar Baru...

Salam...

Akhirnya..Saat yang di nanti-nantikan sudah tiba..Hari ini dengan sahnya kite mendapat surat tawaran (secara online-dunia dah maju) untuk program SARJANA MUDA PENGURUSAN SUKAN (KEPUJIAN)..28 December ni kite dan kawan-kawan yang lain akan mendaftar di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam..

Pada tarikh tersebut,sah lah kite akan menjadi pelajar UiTM semula selepas beberapa minggu menjadi Alumni..hehehehe...Semoga tak ada kesulitan semasa pendaftaran..

Tahun baru..Azam pun baru..kite akn cuba buat yang terbaik..Plan utk azam yang baru pun sudah dirangka..Hanya untuk merialisasikannya..kena lebih usaha untuk mencapai kejayaan..*Peace*

to all my friends..see you next year..