Showing posts with label PERLU. Show all posts
Showing posts with label PERLU. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Perkhemahan Akhir

Salam...

Perhatian..

Kepada semua ahli dan alumni...

Butiran Final Camp Diploma & Degree adalah seperti yang berikut..

Peserta : Pelajar Diploma Kampus Shah Alam, Jengka, Insteadt, Shahputra
(semester 02
)
Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sukan (semester 03)
Tarikh : 12-18hb Februari 2010
Tempat: Gopeng, Perak

Kepada semua ahli sila hadirkan diri pada 9hb Februari 2010, Bk10, jam 8.00malam untuk perbincangan selanjutnya..Sila sebarkan pada yang lain..

Kepada alumni, kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Anda boleh terus menghubungi saya untuk mengesahkan kehadiran anda..

Sekian, Terima Kasih..

Monday, January 25, 2010

Petukaran

Salam...

Kepada semua ahli dan alumni, ada sedikit perubahan didalam Intro Camp Diploma.

Peserta: Kampus S.Alam, Jengka, Shahputra dan Insted
Tempat: Hutan Simpan UiTM, Jengka, Pahang
Tarikh: 29hb-31hb Januari 2010

Kepada alumni, kehadiran anda semua amatlah dialu-alukan..

Sunday, November 1, 2009

PERLU












Gambar kenangan terindah ahli persatuan dan alumni....Bila boleh gather lagi???

Tuesday, June 23, 2009

Hampir Tiba..

Alhamdullilah..

Setelah sekian lama bertungkus lumus dalam menyiapkan kertas kerja scuba open water,akhirnya hampir ke destinasi yg ingin ditujui..Dengan bantuan rakan yang lain,program ini telah dirancang dengan teliti dan berhati-hati kerana kos yang akan digunakan adalah sangat tinggi..

Pada 29hb Jun 2009, seramai 15orang peserta serta pengiring akan bertolak ke Kuala Terengganu..Seperti didalam jadual,pada pagi keesokkan harinya,kami akan meneruskan perjalanan kami ke Pulau Kapas...

Bagi pihak rakan yang lain,kami berterima kasih juga kepada Boss a.k.a En.Hisyam Che Mat kerana turut membantu kami didalam menjayakan misi ini..Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa halangan...

Kepada rakan yang lain,jangan sedih jika anda tidak dapat turut serta,saya akan cuba untuk buat program scuba yang lain pada tahun yg akan datang...insyallah...

Diharap program ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan ahli persatuan didalam aktiviti scuba diving ini...

"Doakan Kejayaan Kami"

Friday, June 12, 2009

Perhatian...

Scuba Openwater Training 2009

Kepada yang sudah mendaftar...Berikut adalah jadual Latihan...

17hb Jun 2009 dan 18hb jun 2009..
10.00 pagi
Kolam renang Uitm..


Pemeriksaan peralatan
16hb Jun 2009...10.00 pagi......

*Sila bawa bersama duit pendahuluan RM300, salinan I/C dan 1 keping gambar..
serta sila serahkah saiz baju anda kepada Siti Fadhilah Abdul Hamid a.k.a DielLan..

.......................................................................................................................................................................

Program Sekolah Teknik Shah Alam (19-21hb Jun 2009)

Meeting ahli pada:
16hb June 2009
2.30 Petang
Stor FSR, UiTM...

*membincangkan aktiviti2 yang akan dijalankan....

Nama2 yg terlibat..
-Lenny
-Dila
-Angah
-Ecah
-Mubin
-Boxer
-Sofwan
-Syuk
-Ajoi
-Hisyam

Diminta anda dapat menghadirkan diri..

Bagi ahli yang ingin membantu didalam program ini,amatlah dialu-alukan kedatangan anda di bukit cerakah pada tarikh yang telah disebutkan diatas..

Thursday, April 23, 2009

Scuba Openwater

Salam...

Sorry sebab info pasal skuba kurang lengkap..Sebab bnyk nk kena bt cnfirmation dulu..
Ok..ni detail bout the program..but not 100% detail..sebab sebarang penukaran akan dibuat..kecuali tarikh..(Insyallah)

Program: Scuba Openwater training (NAUI)
Tarikh: 23jun-3 Julai 2009
- teori dan latihan sekitar tarikh 23jun-28jun..
- Ke Pulau kapas 30Jun-3Julai 2009(berkemungkinan akan bertolak mlm 29Jun)
- Kelas untuk inspection/cara penjagaan peralatan..seminggu sebelum tarikh 23Jun..
(akan diberitahu kelak-bergantung pada instruktor)
Tempat: Makcik gemuk Resort(msih dlm pertimbangan-bergantung pada budget peserta)
2nd choice-Camping...
Bayaran: Rm1,000

Setiap Peserta perlu sertakan:
- Gambar (pasport, tak mau gambo A3..)
- Salinan kad pengenalan


Setiap peserta perlu menjalani ujian kesihatan..Serta lulus ujian kesihatan...Borang ada pada saya...

Setiap peserta harus mendaftarkan diri pada saya, selewat2nya hujung bulan ini..
Sebab,nak buat confirmation brape org yg akan join..Kelewatan berkemungkinan akan menyukarkan pengurusan saya dengan instruktor yg bertanggungjwab..


Jika ada sebarang pertanyaan, Hubungi saya terus di talian ...................(tau kan..mls nk publish)

Wednesday, April 22, 2009

please....

perhatian...


Scuba Openwater

Tarikh: 23Jun-3 Julai 2009

Tempt: *Makcik gemuk Resort, Pulau Kapas


Kepada ahli persatuan yg berminat, sila hantar nama anda pada sya selewat2nya hujung bulan ini..



*sebarang perubahan akan diberitahu kelak

Friday, April 17, 2009

Please Give Some Feedback...

Attention....


Kepada semua ahli persatuan yang berminat untuk menyertai Scuba Openwater, Sila serah nama anda as soon as possible..

Sya amat memerlukannya..Ini kerana saya perlu tahu berapa orang yg akan menyertai program ini, supaya jadual aktiviti boleh dikemas kini secepat yang mungkin..

Diharap, semua ahli Persatuan dapat memberi kerjasama kepada saya...

tolong ek...


New Information...

Berkemungkinan besar, skuba akan dibuat pada awal bulan Julai..atas sebab2 yang tak dapat dielak...

informasi terbaru akan diberitahu kelak..

sekian, harap maklum...

Thursday, April 9, 2009

Mayday..mayday...


Salam...

Ada pembaharuan dalam informasi Selam Skuba..

Berkemungkinan besar, tarikh selam skuba akan di tukar kepada satu tarikh yang belum di pastikan lagi.. (Maybe awal bulan 7).. Diharap anda semua sentiasa mengikuti perkembangan seterusnya....

Perkembangn tebaru akan di beritahu kelak..
Sekian..

Wednesday, April 1, 2009

Pra-Selaman..(?)

salam..

PERHATIAN...

Kepada ahli & alumni Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU)....
Perancangan aktiviti pada musim cuti semester......(Bulan 6)...

  • Berminat untuk menyertai selam skuba???
  • Bayaran amat berpatutan...
  • Terhad kepada 20 orang shj...
  • Hanya perlu hantarkan nama,i/c, no.fone & alamat ke burn_land@yahoo.com
Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan aktiviti kali ini berjaya...Di harap anda dapat membantu saya dalam pengurusan aktiviti ini...

Wednesday, March 11, 2009

Bulan Mac..

alahai...

Bulan yang penuh pack.. Dalam bulan ni je, dah melambak2 assgmnt yang nk kena submit..Dengan laptopnya yang blom setel2 lagi...Aduuuhhh...Susah juga nk buat keja tak de laptop..Ni pon nsib baik kwn bagi pinjam..Kena la share ngan dia..Priority msti berpihak pada tuan punya laptop..Skrng ni da kna plan nk buat ape..Assgnmnt mane yang nk kena setelkan sebelum buat assgnmnt yg lain..Blom dikira dgn presentation lg..Nk kna pg interview company lagi...Pening-pening...

Tapi, dalam kesibukan..kite try juga luangkan masa dengan student Final Camp utk bantu ape yang boleh dan ape yang patut..Lagi brape hari je dorng nk ke Janda Baik..Hope semuanya akn berjln dgn lancar.. Walaupun tak dapat nk luangkan bnyak masa sepanjang Final camp,dpt bantu dekat sini pon dah memadai..Kite and Dila akan pg janda baik stat hari sabtu,and balik ahad malam..Tak boleh nk stay lama2..Ada kes lain lg yg belom diselesaikan...

Pada Alumni Persatuan, Terima kasih banyak-banyak sebab sudi turun utk ke Final Camp..jasa anda amatlah dihargai..Minta maaf sangat2 sebab ahli tak boleh turun padang untuk turut serta..Terima Kasih banyak2...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar..Dalam kita membantu Boss utk Final camp ni, kita pun boleh dapat input yang mana mungkin tak dapat ditempat lain..Betul tak...(Nak pg mandi air terjun..=( uhuk...)

Go0d Luck for Instruktor Final Camp!!!!!

Friday, November 21, 2008

Jawatan Kosong

Kepada warga PELU..

Anda penganggur yang setia?

Ingin mencari kerja?

Jawatan:

Pegawai Belia dan Sukan &
Penolong Pegawai dan Sukan..

Di Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur..


Tarikh Tutup: 13 December 2008..


Borang boleh didapati di laman web www.isn.gov.my






Ihsan dari Mohd Helme B Basal (En.Baom)

Wednesday, November 12, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-09

Dengan ini saya menjemput semua Ahli, Alumni serta Penasihat Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali yang ke-9..

Saya juga mengharapkan kehadiran ahli-ahli persatuan pada tarikh tersebut bagi melancarkan lagi Mesyuarat Agung Tahunan pada penggal ini bagi menentukan Lembaga Majlis Tertinggi (MT) bagi penggal hadapan.

Di sini saya sertakan atur cara majlis

Tarikh : 18 November 2008 (Selasa)
Tempat : Bk08, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Shah Alam
Masa : 8.00 malam -11.00 malam


Kehadiran anda dialu-alukan.....sekian...




*Sebarang perubahan akan diberitahu kelak......
.
.

Friday, September 12, 2008

Majlis Berbuka Puasa (PERLU)

Semalam telah di adakan satu majlis berbuka puasa bersama Penasihat, Alumni dan Ahli Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar(PERLU) bertempat di Kolam Renang UiTM, Shah Alam.

Majlis telah dimulakan dengan gotong royong ahli dan alumni dalam menyediakan kawasan berbuka puasa. Ada di kalangan alumni yang sedia membantu dan datang awal untuk memberikan komitment serta sama2 menyediakan juadah berbuka yang telah dibeli. setiap ahli membeli sedikit kuih muih untuk menambah menu pada majlis berbuka kali ini. saya mengucapkan terima kasih kepada semua untuk sumbangan anda semua.walaupun sedikit, tapi apabila di kumpul semuanya, menjadi banyak. tak terkecuali juga En.Hisyam dan keluarga yg datang membawa kek coklat(mcm birthday la pulak).

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa, seterusnya sembahyang maghrib berjemaah..kemudian jamuan makan diadakan dan di hiburkan dengan nyanyian nasyid, hari raya dan juga lagu tema final camp(sempat juga budak2 ni).sesudah makan, sembahyang isya' dan tarawih diadakan.

majlis diakhiri dengan sesi fotografi(oleh wartawan Sinar..hehehe...tolong promote je) dan juga ucapan Hari Raya sebagai kenang-kenangan(Abg Mus paling over skali)..semoga majlis seperti ini dapat diadakan selalu(bak kata En.Din-"Tradisi mcm ni dah xada di fakulti").so, kitalah yang akan memastikan tradisi gathering akan sentiasa ada.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat2,alumni2 dan juga ahli kerana sudi hadir,walaupun jauh(bagi penasihat dan alumni) anda sudi hadir dengan jamuan yang tak seberapa dan kepada orgenizer, yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa ini...

sekian..

Monday, September 8, 2008

Berbuka

semalam..
berbuka puasa di rumah abg malin..mula2 ingatkan tak ramai..selang beberapa jam..ada pula yg mendafterkan diri..kite,dtg awl dengan abe,abg boy,abg mie,boxer..abg shawn mmg dah ada kat sana..dalam pkul 2lbih..dorng semua pg memancing kat sungai..kite dduk kat umah je..kite tolong kak nurul..tp xtolong byk sgt pon..hehehe..

bila time nak berbuka..baru lah rumah abg malin penuh..meriah juga la..cam raya pon ada..lauk2 walaupun simple..tp beselera juga la..kuih muih yang kwn2 yg lain pun dah cukup bnyak untuk semua..kami semua makan penuh kesopanan..makan bersila..=)

kak nurul pnya kan keli mmg best..mkn ngan air asal..fuh..sedaaapp..mee goreng kak nurul pun sdap..wlaupun puasa,tp mee greng yang kak nurul memang cukup rasanya..tak kurang juga ngan air rahsia yang abg malin buat..walaupun fresh dari botol,tapi ada bahan campuran yang abg malin letak,hanya kte,kak nurul ngan abg malin je yg tau..

terima kasih untuk jamuan berbuka semalam...

Friday, August 15, 2008

dahulu....sekarang...selamanya..

esok tiba masanya utk kite kembali ke tempat kerja...ahad da stat kerja balik..esok juga la final camp budak diploma akan bermula..teringat balik time final camp kite dulu2....boleh tersenyum sendiri je bile ingat blik saat2 manis..bila kita jadi participant,memang kite akan rasa susah payah bila nak menghadiri kelas2 rekreasi ni...banyak prosedure yg kita kena buat..leceh...tapi kalo di fikir2kan balik...yang leceh ni la yang mengajar kita untuk jadikan benda2 yang lain jadi senang..sebagai contoh la kan,servis dapur..ala..leceh la nk kena servis,beli je yang baru...tapi,kalo diamati dan difikir2kan..baik buat sendiri daripada membazir duit,benda still boleh di pakai..cuma malas je nak buat...betul tak??tapi kenangan waktu tido kat stor pon still dalam ingatan..kena sentry..kat situ la kita akan tgktrue color kawan masing2..
itu la hakikat...kte tau,ada juga student yang benci sangat nak ikut kelas ni,disebabkan subjek yang ada dalam silibus,terpaksa la ikut...bagi dorang,asalkan lulus...tapi bagi kite,benda ni adalah pengalaman baru bagi kite...tak semua orang boleh merasa pengalaman macam ni...
"outback,outcast,outlast...of pangkor"! slogan ni still kite ingat sampai sekarang..slogan yang agak panjang..hehehe..kadang2 teringat balik aktiviti2 yang kite buat kat sana..paling seronok bile dah habis final camp...wah..dapat tido lepas sekian lamanya..tido sambil berdiri tu tunggu bas punya pasal..=) boleh tesengeh sorang kalo macam ni..

esok..tiba masanya adik2 kite plak melalui saat2 yang penuh makna ni..benda ni akan bagi pengalaman kat adik2 kita..hope diaorang tak akan sentiasa berfikiran negatif bila ada di kenyir nanti...pelajarilah ilmu2 yang akan disumbangkan oleh abg2 dan kakak2 disana...amik yang baik...jangan jadikan teguran yang diberikan sebagai suatu perdebatan diantara pihak senior dan junior...tiada niat lain selain untuk melihat mereka berjaya..

kepada rakan2 yang akan mengendalikan final camp untuk semester ini...semoga berjaya dan jangan sampai anda dipandang hina oleh mereka...you are the best!!

esok,kite akan bertolak ke tasik kenyir bersama pelajar2 diploma pengajian sukan,pelajar2 ijazah pengurusan sukan dan instruktor2 yang terlibat..

hujung bulan ni,barulah blog ni akan beroerasi seperti sediakala...

semoga semuanya berjalan dengan lancar..

Friday, June 20, 2008

praktikal..

hmm....
lagi brape minggu nk start klas balik..tp kite final year..praktikal pulak..
skarang ni kite still tak tahu yang fakulti dah hantar ke belum surat kat En.Khairul(KOLA)..
macam tak sabar pun ada gak nak praktikal kat sana..ye lah..senior2 yang dah praktikal kat sna semua cakap boleh belajar macam2 pasal rekreasi kat sna nanti..seronok je bunyinye...ye lah..bukan senang nak belajar sumthing new kat tempat orang..dengan orang yang kita tak kenal pulak tu..bila dapat belajar banyak benda..bila balik,boleh share ngan geng2 yang lain plak..
fuh..lama tu praktikal sana..3bulan..paling mencabar skali..betembung pulak dalam bulan puasa..waduh...dugaan2..
tasik kenyir...1st time datang sana pun...kite macam terkedu..sampai balik..kite still tak percaya yang kite berada dekat tasik buatan manusia yang terbesar kat asia tenggara nih..setahu kite la kan..tasik kenyir ni start dibuat pd tahun 1978 sampai 1985..asal nama kenyir ni pulak dari sebatang sungai yang ada kat bawah tasik ni sebelum tasik ni dibuat..sungai kenyir..hmm..pelik pulak bila disebut..tapi tu la hakikat..
kite ingat lagi bila kite bawak kayak budak2 final camp..awan berkepul depan mata..mula2 terkejut..tapi..bila diingatkan balik..baru teringat,tasik kenyir ni dekat kawasan atas..memang la awan berada pada aras mata je.. =)
hope..pemergian kite,dila dengan ajoi akan membuahkan hasil..
semoga berjaya...gambatte!!

Monday, June 16, 2008

oh..begitu...

al-kisahnye begini..
kite asal usulnya berskolah di sekolah sukan..so semua benda yang di buat msti ade kena mengena ngan sukan gak..ye la..kat sekolah sukan jarang jumpa benda2 rekreasi ni..tp bila da jumpa,jd excited lbih ckit la..agresif..

nak dijadikan cerita..kite dah terjebak ngan benda rekreasi time skolah menengah..time tu skolah ade buat camping..'perkhemahan kepimpinan'..memang syok time tu..yang paling best time race..race time tu agak menarik..dalam race tu ada basic survival,orienteering,jungle trekking,ada task cari clue dalam laut,lepas tu,belari balik terus kat camp site..yang kite ingat la..kat pangkor time tu..kat teluk nipah..petang plak,buat abseiling..syok..tapi pnat nak panjat bukit..heheh...stat tu la,minat kat rekreasi..time tu..bila tengok tali temali yang mcam-mcam jenis,jadi seronok plak..bila abg2 fasi terangkan yang tali seciput tu boleh tmpung sebijik kereta..lagi la teruja..waktu tu,ingat nak tanya lbih2 kat abg2 tu..tapi,aktiviti kite time tu pun pack..xdpt nak tanye lebih lanjut..

xde tmpat nk belajar,ye la..kite budak skolah lagi time tu..nak cari kat luar pun..bukan tau sgt..dulu kite xtau pon ade 'level 1' 'level 2' nih..so..terkubur la minat kite time skolah dulu..lepas tu just fokus dalam sukan yang diceburi je..

nak dipendekan lagi cerita..dalam uitm la kite jumpa rekreasi yang sebenarnya yang kite boleh belajar dari A-Z..sem 2 kite amik subj outdoor..menarik..walaupun agak penat time tu,ye la..dengan kelas gimnastik ngan swimming lagi..tapi kite enjoy buat semua tu..the first time i learn knotting,btul2 excited..coz that time,i just knew that there are many type of knotting that i didn't know before...mula2 mcam agak payah jugak la..lepas tu..kira ok gak..ingat2 lupa..

time 1st camp subj outdoor(sempat berguru ngan en.syam sblm en.syam fly ke Aus),buat kat sg.lopo..huh..yang xboleh belah,time tu kite demam..badan penat sangat2..malam tu pulak ade ujian tali..aduhh..kite takut tak lepas pulak..ye la..dengan keadaan penig2 lalat,kite kuatkan jugak semangat..minat tali..kna la tunjuk yang kite boleh buat..tapi,malam tu jugak kite lupe semua cara ikatan..en.syam panggil setiap seorang dr setiap group,kalau dapat buat dalam masa yang dia bagi,kitaorang akan dapat satu point..point paling banyak boleh tido awl(awal2 pun,time tu dah jam 1pg)sejuk jgak time tu..time tu..gilran kite plak untuk test..da cuak da time tu..yang kite ingat,1st ikatan yg en.syam soh kite buat time tu,sheetbent..aaahh...dengan konfidenye kite pon buat la..sekali tu betul..stat tu kite dah berkobar2 nk buat test yg lain..sikit2 kite yang kuar utk wat ikatan tu..gila kuasa sekejap..hehehe..last2 group kite dapat tido awl..group lain still dengan ikatan dorng..jadi seronok pulak malam tu..esok pulak,ada mountain biking..macam nak tecabut kepala lutut..tp,kite xnak orng pandang kite lemah..kite kayuh gak walupun sakit..tengahri kitaorang pergi trekking..nk pergi wterfall..ade dak fisio xbagi kite naik,die cakp,kite demam panas,takut kite tiba2 pengsan..xde sape nak angkat nant..huhuu..tp,alhamdulillah..sampai jugak kat wterfall tu..=P

final camp plak buat kat pangkor..kat situ mmg all out kite utk subj ni..kite banyak belajar dari PERLU sebelum ni..bila wat kat pangkor,bergabung plak ngan arau..memang berbeza sgt2 pngetahuan kite ngan diaorang..selama seminggu kite bg full comitment utk subj kite tu..habis je final camp,kite ngan dila terus cari abg mus..dia la yang rajin becerita dgn kite pasal aktvti yang PERLU buat..start tu la kite dah join rekreasi..mula2 takut gak nak join..yela..muka masing2 mcam nak makan orang pon ada..tp kuatkan hati gak time tu..join juga..pernah time buat test tali dekat fakulti kite nangis sebab xsempat nak buat clove hitch..nangis gak la..ye la..benda lain boleh buat..tapi yang simple camtu kite xbleh buat..tp,bnda tu la jadi pngalaman manis..

en.syam pernah cakap..'jack in all trades,master in one..'so,kite pilih tali untuk di'master'kan..bila join PERLU lah kite belajar serba sedikit pasal rekreasi and cara comunicate dengan orang ramai..dulu kite jenis xkonfiden becakap kat depan...sekarang dah boleh..

lepas ni,kite nak cari lebih pengalam lagi kat luar bile dah habis belaja..hope time kite praktikal nant,kite dapat belajar banyak benda kat sana..

hurmm..cam da banyak plak kite bercerita..setakat ni,ini je la cerita yang kite ada..nak kata background outdoor yang kuat..tak juga..banyak kite belajar start masuk uitm..belajar dari class,kwn2,buku,internet and pengalaman...

setakat ni je la cerpen kite yang agak ringkas ni..
pas ni..boleh la share pengalaman yang ada dengan kite..
ok...


chow!