Kadang-kadang manusia tidak nampak akan kebaikan seseorang itu terhadapnya, tetapi cepat sedar akan kekurangannya. Perlukah seseorang itu lengkap segalanya untuk disukai oleh orang lain? Ataupun perlukah seseorang itu yang perlu memulakan segala puji-pujian agar pujian itu akan terbalas?
Kadang-kadang manusia tidak pernah bersyukur diatas pemberian Tuhan kepadanya.Mereka hanya tahu ingin sesuatu yang lebih daripada orang lain walaupun mereka tahu ianya sukar untuk dipenuhi. Mereka juga tidak dapat menerima kenyataan akan kekurangan yang mereka miliki dan hanya memikirkan akan kemegahan.
Kadang-kadang mereka lupa akan asal usul mereka sebelum ini. Mereka cuba mencipta identiti baru bagi menarik perhatian yang lain supaya dikenali. Mereka tidak sedar akan perlakuan mereka yang mungkin akan dipandang serong oleh orang yang telah lama mengenali mereka. perasaan jengkel mungkin akan terbit dari isi hati mereka tentang orang yang mula melupakan diri.
Kadang-kadang manusia terpaksa berkorban segalanya hanya untuk kebahagiaan pasangan mereka tanpa meminta pembalasan. Ada juga yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka bahagia tanpa memikirkan akibat pada diri sendiri. Dengan cara ini sahajalah mereka boleh menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka kepada orang yang dikasihi.
Kadang-kadang manusia merasakan hidup ini tidak adil bagi mereka. Ada juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bagi melepaskan kemarahan mereka. Mereka merasakan orang yang ada disekeliling mereka tidak menghargai mereka dan merasakan mereka adalah beban kepada segalanya.
Kadang-kadang manusia hanya tahu menunding jari akan kesalahan yang telah dilakukan. Ada juga yang sanggup menipu untuk mengelakkan daripada dituduh dan mengekalkan imej 'bersih' dikalangan rakan-rakan yang lain. Mereka merasakan merekalah insan yang paling mulia dan merekalah orang yang wajib dikenali oleh setiap orang.
Kadang-kadang kita tidak perasan akan insan yang ada disekeliling kita. Ada yang cuba menjatuhkan diri kita dan ada yang akan membantu ketika memerlukan. Tidak semua daripada kita menghargai insan yang bergelar keluarga, kawan, kekasih, mahupun hanya kenalan biasa. Hidup ini hanya sekali, janganlah diabaikan insan-insan yang ada disekeliling kita sebelum terlambat....

Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009
Minggu ini...
Minggu ni minggu penuh dengan cabaran dan dugaan...
Apa yang cuba dilakukan, semua mendapat tentangan..kadang kala mendapat pujian..Ada juga yang tidak bersuara..Tidak semua yang kita lakukan akan dapat seperti yang kita harapkan..Segalanya bergantung pada keadaan..Keadaan juga memaksa kita untuk melakukan apa yang kita perlukan, namun ianya juga tidak kesampaian..Segala yang dirancang juga tidak kesampaian apatah lagi yang sememangnya sudah dirancang sejak awal lagi...
Minggu ini juga penuh dengan suka dan duka..
Ada kalanya kita ketawa bersama..Dan ada ketika..menangis sendirian..Sehingga ada yang menyangka kita sentiasa didalam kegembiraan..Namun ianya hanya palsu belaka..Hanya perlu tabah menerima dugaanNya..Namun ada juga yang membenci diri kita..Adakah kita sendiri yang membina kebencian itu??Tidak perlu berteka teki..jawapannya pasti kita sedari..
Dengan mengumpul kekuatan..Adakah dapat dibangkitkan kembali semangat pada diri??Jangan dibiarkan ia menguasai diri kita...Kita perlu tabah menghadapinya serta bersabar..

Saturday, March 7, 2009
Cinta...Suka....
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga
.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Thursday, March 5, 2009
Boleh pula..
"Ko jgn la teruskan hubungan ko dgn dak sarawak tu..Aku tahu sgt perangai org sarawak,aku boleh baca la perangai orang sarawak....."
Perh...menyirap juga bila dengar perkataan tu dari seorang lelaki yang ingat bagus sangat diri dia tu..mana tak nya, macam-macam dia komen pada rakan dia yang seorang lagi ni...
Kejadian ni berlaku sekitar tahun 2008 selepas kite selesai Latihan Praktikal di KOLA..Kite ke Cyber Cafe berhampiran kawasan perumah kite..Pergi hanya nak buka internet,ada kerja yang perlu diselesaikan...Sedang asyik melayari internet, datang dua orang lelaki duduk selang 2 kerusi daripada kite..Bermulalah satu perbualan yang menyakitkan hati..
Si kawan asyik memberi ceramah pada rakannya, tetapi si kawan asyik dengan Counter Strike nya..Yang tak boleh kite terima cara si penceramah tu, dia ckp dia tahu sangat dengan perangai budak swk..Ape yg dia tahu...Kite pon pasang telinga lah masa tu..Dia ckp si kawan tu tak akan bahagi kalau kahwin dengan budak swk tu dan akan berpisah dalam masa yang singkat..Katanya lagi, majoriti budak srwk macam tu..Dia mnta si kawan berpisah shj dengan budak swk tu..Si kawan masih dengan muka slumber nya bermain Game..Si pemberi ceramah masih lagi membebel.."Aku ni kenal sgat org swk, bahasa dorng pun aku paham.." Ye ke faham??? "Aku tak nak tgk kawan aku tak bahagia bila kahwin nanti..Ko fikir2kan lah tentang ni..Kahwin bukan boleh di buat main2.."Dengan muka confidentnya dia berkata.."Baik ko kahwin dengan org semenanjung..Aku tahu la..Aku dah masak dengan perangai orang ni.."
Kalau betul faham, kenapa time kite borak kat fone dengan kakak kite, die xfaham..sekurang2nya laki tu mesti pandang kite..Ni tak..Dia tak sedar dia dok kutuk orang swk..Dah la cakap kuat2, macam CC tu dia yang punya..! Hati dah panas dah masa tu..Macam2 dia kutuk pasal orang swk..Macam2 dia mengata tentang org swk..Siapa tak sakit hati...Walaupon kite dah lama duduk kat semenanjung ni, kite tetap anak jati Swk..
Dengan muka bengangnya..kite bangun, Pergi ke counter pastu minta abg yang jaga counter tu bagi satu nota kat mamat tadi.."JANAGN INGAT SEMUA ORANG SWK SAMA..! NAK BERCAKAP TU PANDANG2..JANGAN MAIN LEPAS JE..!!!" Pastu kite balik..Nak marah depan2 tak berani, bukan ape..waktu tu dah kol 11 mlm..Dalam cc tu semua lelaki..Kecut juga perut

Thursday, January 22, 2009
Kisah Rasulullah dan Buah Limau
Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.Begitulah akhlak Rasullullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali
Wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)