Wednesday, December 16, 2009

Apakah benar?

Benarkah..

Bila seseorang merasakan yang mereka sudah cukup lama dan berkuasa, mereka akan cuba menjatuhkan yang bawah. Mereka menyangka mereka sudah lama dan sudah 'matang' dikalangan yang lain, atau mereka cuba menguji ke'matangan' mereka. Walhal mereka tidak sedar mereka masih perlu memperbaiki diri. Ada juga dikalangan mereka merasakan, arahan dan kata-kata daripada pihak atasan tidak perlu diendahkan selagi masih ada orang bawahan yang mampu membuat dan melaksanakan tugasan mereka. Ada juga yang mempertikaikan tanggunjawab yang telah dipertanggunjawabkan kepada mereka suatu ketika dahulu.

Kenapa perlu bertikam lidah hanya disebabkan satu tujuan?? Adakah mereka fikir akan kebaikan yang mereka akan dapat?? Atau mereka belum sedar akan tujuan tersebut dan menganggap ianya tidak penting bagi mereka jalankan dan merasakan ia hanyalah 'tugasan kecil'.

Tanggungjawab yang telah diamanahkan sepatutnya dilakukan bersama-sama dan melalui pengalaman inilah akan dibawa pada masa akan datang dan bukan untuk dibanding-bandingkan tetapi untuk rujukan kepada yang lain.

Saturday, December 5, 2009

Kesihatan...

Salam...

Dah lama juga kite tak mencoretkan apa-apa dlm blog kite ni.. Kebanyakkan 'posting' kite smuanya gambar..Bukan apa, dah tak ada idea sbenarnya.

Sekarang dah genap 10hari masa pemulihan kite. Kite minta maaf kalau kite tak inform pada sesiapa pun tentang opration kite tu..Bukan ape,segan sebenarnye. Slama ni kawan-kawan tengok kite macam sihat, tak ada sakit..Tapi bila dah masuk hospital, segan tu tiba-tiba je muncul. Thanks to all yang datang melawat walaupun ada yang datang jam 11 malam..

Memang niat dihati nak bagitahu semua selapas pembedahan, tapi bila mengenangkan keadaan kite yang teruk sangat hari tu, kite amik keputusan untuk tak beritahu sesiapa. Segan juga kalau kawan-kawan datang selepas pembedahan. Badan pun tak boleh nak gerak, makan pun dah tak lalu..Penangan bius memang buat kite tak dapat buat apa-apa..

Sebenarnya kite pun tak sangka tarikh pembedahan kite terlampau cepat. Kite belum bersedia sepenuhnya. Tapi bila difikirkan tempoh pemulihan memakan masa, kite amik keputusan untuk buat juga. Perasaan takut tu ada sebenarnya, tak dapat nak bayangkan macamana berada didalam bilik pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Hope dalam tempoh sebulan ni kite dapat berjalan balik.. Sekarang baru belajar bertatih. Masih jauh lg perjalanan kite, rehab memang perlu buat setiap hari pagi petang dan malam.. Kite harap dapat ke kelas tanpa kesulitan....

Doakan kite cepat sembuh...




*Kpd siti fadhilah,semoga cepat sembuh..=D
.
.

Sunday, November 22, 2009

Senyum..

Takuya Kimura...My Fav japanese actor...
Most of his drama i had watch..he looks so cool,stylish,cute,charming,and his smile melt me out..

i'm one of Kimura's fans..hehehehe...



For all my friends...Do watch his dramas...


Ini adalah sebahagian cerita yang kite dah tengok kecuali CHANGE..(tgh dwnload lg)..dan sebahagian daripada koleksi kite...

-Long Vacation(****)
-Beautiful Life(***1/2)
- Hero(***)
- A Million Stars Falling From the Sky(****)
-Good Luck(****)
- Pride(*****)
- Engine(***1/2)
- Change(blm tgk lg..hehehehe)

(*=rate out of 5)



Saje je nak promote cerita..sementara musim cuti semester ni kan...
.
.

Thursday, November 19, 2009

CountDown...

Four days left..i need more strenght for that day..
Ya Allah..berikanku kekuatan mental dan fizikal...
Amin....

Sunday, November 1, 2009

PERLU












Gambar kenangan terindah ahli persatuan dan alumni....Bila boleh gather lagi???

Saturday, October 17, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Sky Venture@Genting

sky diver

aksi-aksi di Tunnel

Penuh konsentrasi

Fly like a Bird

"go..go..Power Rangers"

Tuesday, October 6, 2009

Open House Raya

Salam..

Rasanya sudah lama blog ni tak terusik.. Sibuk beraya sampai blog pun tak ter'update'.

Sepanjang bulan Syawal ni, ramai yang mengambil peluang untuk membuat rumah terbuka. Rumah kite tak terkecuali.. Dari pagi seawal 6pagi, kite sudah bangun untuk menemani ibunda untuk ke pasar. Mengantuk..Tapi sekarang dah maju, pasar di sec16 tak macam dulu2..Sekarang cukup bersih..Paling best, miow banyak dan tersadai disebelah gerai ikan dan ayam..

Kerja2 memasak mula pada jam 10pagi..Kite mangaku,kite tak tolong masak, tapi tolong kemas barang2 kat depan rumah.Penat la juga.jam 2, majlis bermula..Org yg mula2 sampai, Babah a.k.a Yasir Foo dan isteri..awl tu dorng datang..Sory la bbah, Umai tak dapat siap awal..Ramai juga la yang datang..Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kite yang boleh tahan jauhnye..

Nenek and untie2 serta uncle kite turut datang dan menutup tirai open house kali ni..

Kepada tetamu yang hadir...Terima kasih lagi sekali..Menu kali ni tak sebanyak seperti sebelumnya..tal cukup preparation and masing2 sibuk..Hanya itu yang dapat di jamu pada anda semua..

Next year mngkin kite pulak yang masak.. Mungkin ada menu2 yg unik dan best akan dibuat..


'Selamat Hari raya'

Friday, September 11, 2009

Nasib badan..

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama, kte baik juga dari demam..Dua minggu kite tak ke Kelas..tak pernah2 MC sampai dua minggu..ye la..semenjak mula belajar di UiTM, tak pernah lagi MC lama macam ni..paling lama pun rasenya 4hari..kali ni memang catat rekod peribadi la..Dah banyak kuliah kte terlepas..dan dah banyak juga test kite terlepas..Isnin ni perlulah mengadap kesemua lecturer utk membuat penjelasan dan meminta supaya boleh menduduki test..(carrymark tu..)

Sebelum ni..ingatkan demam biasa..tp cam tak baik2..pegi lah ke klinik lain..ropenye denggi..Doc klinik tu pon tak nak hantar pg hospital..katanya boleh dipantau dari rumah dan perlu jalani pemeriksaan darah setiap hari di klinik(banyak tmpat tu kna cocok)..Dia ckp, takut bercampur dengan pesakit H1N1..ish..seram gak..Sepanjang minggu kte duduk dirumah dan ditemani anak buah dan adik..Nak makan pon tak lalu..ape tah lagi nak mandi..(hehehehehe..)bila makan..muntah..setiap malam berjaga..kna makan ubat..Sakit otot2 perut..Ketam dah belasah,pon lmbat juga baik..keluar balik ade la..huhuhuuu...Ada lg 2 ekor kat umah..sape nak??hehehehe...

Masuk minggu ke-2, badan dah mula nak baik..kadang2 demam balik..Tah kenapa badan panas sgt2 sampai pening dibuatnya..Doc kata pletlet dah ok..cuma masih dmam..ntah macamane pula hari yg doc tu cek,kena masuk air pula..kena la tunggu 1/2 jam kat klinik tu..Dah la tak suka jarum..kna lagi..Dia tambahkan lagi ubat..Penat dah telan ubat..Tak tahu la brape biji dah ditelan..

Entah macam mane la boleh kena denggi pula..Dari mane ek..Kolej?Stor?ke Pulau Kapas?




Buat rakan2..jgalah kawasan persekitaran anda..Walaupon duduk di Kolej....

Monday, August 31, 2009

Sama...Tapi tak Serupa...

Semalam...dah rasa dah..bdan krng best..lame sangat dok lam aircond kot..masuk ptg..badan dah mula mngigil...dmam ke??hampir..nasib baik smpat makan ubat...

hari ni...memang tak boleh tahan..bdan dah mnggigil...seram sejuk je rasa badan ni..kepala dah rasa berat yg amat...knape pula...nak kata dmam..bdan tak panas..tapi,kepeningan mmg tahap tak boleh tahan punya..dah makan ubat pon still sakit lagi...mkanan bbuka td semua mcm nak keluar balik..aduh...peritnye..

kenape ni...kalo nk kata bjangkit ngan En.tropic,mane mungkin..dia jauh,nun di Lumut sana..ape kes..nasib baiklah tak sakit perut memulas2 macam dia...

Hope esok dan hari seterusnya bdan sihat dan boleh berpuasa dan bergerak seperti biasa..

Tuesday, August 4, 2009

Tidak lama Lagi


Hanya beberapa hari lagi kami akan menjalani amali perkhemahan akhir pelajar SR 221 (03) yang akan diadakan di Pulau Kapas, terengganu bermula pada 14 ogos sehingga 19 ogos 2009..

Buat masa ini persiapan kami untuk ke sana telah berjalan seperti yang dirancang.. Kadang-kadang apa yang dirancang tidak menjadi..
Ada beberapa masalah yang timbul.. Ada yang dirancang tidak dapat dijalankan, sudah mendapat kelulusan tetapi masih tergendala perjalanan pengurusan kami.. Jika dilihat, sepertinya kami tidak berbuat apa-apa untuk perkhemahan ini.. Tetapi, tuhan saja yang tahu perasaan kami ketika ini.. Betapa gelisahnya kami jika program ini tidak berjalan dengan lancar..

Untuk semester ini, kelas kami telah digabungkan dengan kelas pelajar baru (baru masuk-ex-dip) dan jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai 44 orang.. Tidak seperti kelas yang sebelumnya yang mana pelajar tidak melebihi 25 orang..Dengan jadual kami yang berlainan, menyukarkan lagi kami untuk berkumpul... Tetapi, itu tidak akan mematahkan lagi semangat kami untuk bersatu dan bekerjasama...
Kami amat berharap perkhemahan ini berjalan dengan baik...

Walau banyak dugaan yang menimpa kami, kami akan cuba untuk menyelesaikannya.. kami mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan memberi kerjasama kepada kami.. Dengan bantuan semua pihak yang berkenaan, program ini akan berjalan dengan jayanya...
Doakan kejayaan kami....



*Walaupun dengan kecederaan yang dialami kini, ia tidak akan melemahkan semangat saya untuk mengikuti program ini. Saya akan buat yang terbaik...Diharap rakan-rakan yang lain juga dapat membantu dan memudahkan perjalanan program ini.....

Wednesday, July 29, 2009

Tuesday, July 21, 2009

Minggu ini...

Minggu ni minggu penuh dengan cabaran dan dugaan...
Apa yang cuba dilakukan, semua mendapat tentangan..kadang kala mendapat pujian..Ada juga yang tidak bersuara..Tidak semua yang kita lakukan akan dapat seperti yang kita harapkan..Segalanya bergantung pada keadaan..Keadaan juga memaksa kita untuk melakukan apa yang kita perlukan, namun ianya juga tidak kesampaian..Segala yang dirancang juga tidak kesampaian apatah lagi yang sememangnya sudah dirancang sejak awal lagi...

Minggu ini juga penuh dengan suka dan duka..
Ada kalanya kita ketawa bersama..Dan ada ketika..menangis sendirian..Sehingga ada yang menyangka kita sentiasa didalam kegembiraan..Namun ianya hanya palsu belaka..Hanya perlu tabah menerima dugaanNya..Namun ada juga yang membenci diri kita..Adakah kita sendiri yang membina kebencian itu??Tidak perlu berteka teki..jawapannya pasti kita sedari..

Dengan mengumpul kekuatan..Adakah dapat dibangkitkan kembali semangat pada diri??Jangan dibiarkan ia menguasai diri kita...Kita perlu tabah menghadapinya serta bersabar..




Friday, June 26, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Hampir Tiba..

Alhamdullilah..

Setelah sekian lama bertungkus lumus dalam menyiapkan kertas kerja scuba open water,akhirnya hampir ke destinasi yg ingin ditujui..Dengan bantuan rakan yang lain,program ini telah dirancang dengan teliti dan berhati-hati kerana kos yang akan digunakan adalah sangat tinggi..

Pada 29hb Jun 2009, seramai 15orang peserta serta pengiring akan bertolak ke Kuala Terengganu..Seperti didalam jadual,pada pagi keesokkan harinya,kami akan meneruskan perjalanan kami ke Pulau Kapas...

Bagi pihak rakan yang lain,kami berterima kasih juga kepada Boss a.k.a En.Hisyam Che Mat kerana turut membantu kami didalam menjayakan misi ini..Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa halangan...

Kepada rakan yang lain,jangan sedih jika anda tidak dapat turut serta,saya akan cuba untuk buat program scuba yang lain pada tahun yg akan datang...insyallah...

Diharap program ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan ahli persatuan didalam aktiviti scuba diving ini...

"Doakan Kejayaan Kami"

Friday, June 12, 2009

Perhatian...

Scuba Openwater Training 2009

Kepada yang sudah mendaftar...Berikut adalah jadual Latihan...

17hb Jun 2009 dan 18hb jun 2009..
10.00 pagi
Kolam renang Uitm..


Pemeriksaan peralatan
16hb Jun 2009...10.00 pagi......

*Sila bawa bersama duit pendahuluan RM300, salinan I/C dan 1 keping gambar..
serta sila serahkah saiz baju anda kepada Siti Fadhilah Abdul Hamid a.k.a DielLan..

.......................................................................................................................................................................

Program Sekolah Teknik Shah Alam (19-21hb Jun 2009)

Meeting ahli pada:
16hb June 2009
2.30 Petang
Stor FSR, UiTM...

*membincangkan aktiviti2 yang akan dijalankan....

Nama2 yg terlibat..
-Lenny
-Dila
-Angah
-Ecah
-Mubin
-Boxer
-Sofwan
-Syuk
-Ajoi
-Hisyam

Diminta anda dapat menghadirkan diri..

Bagi ahli yang ingin membantu didalam program ini,amatlah dialu-alukan kedatangan anda di bukit cerakah pada tarikh yang telah disebutkan diatas..

Bad News






Meniscal and ACL tear??????

But it wont effect my plan for this end of month..I Hope so..



Wednesday, June 3, 2009

Suratan atau Kebetulan..tak pun Malang???

Al-Kisahnya..
Kte otw balik Shah Alam dari Besut(Umah Puppet ade knduri kawen adik dia),ade beberapa situasi yg terjadi sepanjang perjalanan kte nak balik ke Shah Alam...
Kejadian 1
Dalam keadaan baru nak lena,tiba2 cincin kte tertanggal dari jari..Kelam kabut juga la nak mencari dalam bus tu..kalo kte sornag,boleh la nk menonggeng cari bawah kerusi,terpaksa la jenguk2 macam tu je bawah kerusi..Ada la beberapa orang mamat dalam bus tu prihatin,tolong carikan juga..tapi still tak jumpa..Nk nangis da time tu,punye la syg sgt kat cincin tu..tak jumpa2 juga..Bus bhenti kat Merapoh,kite cari lagi...Masih tak jumpa..Kali ni penumpang yg lain dah turun utk mkn tengahari..Dah la perut lapar..Kalau tak turun,mau smpai Shah Alam tak makan..Dengan perasaan Frust,kte turun la makan..Ada sorng Abg beranak dua,tanya lg kat kte smada da jumpa ataupun blom,jwpn kte still hampa..uuuwwwaaa...
Setibanya kat Hentian Putra,lepas 90% pnumpang turun,kite teruskan pencarian..Tonggeng pnya tonggeng,jumpa juga!! Mamat dalam bus tu pon seronok bila kte jumpa cincin tu..Mana tak nya,mamat tu ckp mka kte da mcm kerang busuk da..Dari Machang smpai ke K.L baru jmpa cincin tu..punya la lama..Tak senang duduk jadinya..
Ada sorng mamat tu tnya,kenapa beria cari cincin tu?cincin tunang ke?kte iye kan aje..malas nk layan sgt..kang over lak mamat tu..Nasib baiklah jumpa..Kalo tak........
Kejadian 2
Dalam keadaan perut lapar..kite beratur la nak amik makanan..Dah la kat situ,satu2nya kedai makan..Yelah,kedai makan tu pun mmg under kendalian syarikat Bus yg kte naik tu..Lauk kte simple je, Nasi,ikan sambal ngan ulam..air mineral..bila nak bayar, dia charge RM6.50!!
Gila mahal..kalau dkat Shah Alam baru brape ringgit..Nak marah pon ada,tapi bila mengenangkan ramai lagi yg tengah beratur..kte senyap je..Gila ape..kalo ada ATM machine tak pe la juga kalo nk charge mahal..Ni kat kwsan kpg..lagi kesian org kat blkng kte..dua orng mkn..kena Rm12 lebih..Cekik darah btul..
Dah la cincin hilang,nk makan pun kena mahal..kalu pg McD..dah dapat set yg RM5 lbih tu...Aduh...Sakit jiwa la..da la sorng2..Mkn pon Sorng2..sedih kan..Nasib la ada duit..Kalo tak..mau ikat perut la kite..lepas makan,nk ke toilet..peh..toilet pon berbayar..kalo lawa tak pe la juga..ni pintu toilet pon tak boleh nak lock..dibuatnya ada orng buka...Tak ke nyaya...Habis je,terus naik bus..
Kejadian 3
Dalam melayan perasaan bila cincin kte hilang..Kte tertido..Kte terjaga bila org disekeliling kte bising...Kte pon bangun la..Melihat sekeliling..Aik,kenapa pulak mamat ni yg dduk disebelah budak kecik tu?Mana ayah budak tu??
Dipendekkan cerita,Ayah budak tu dgn anak perempuan dia tertinggal di Bentong..Tinggal la ank lelaki dia dalam bus tu sorang2..Kesian pulak tgk budak tu..Nasib baik tak meraung..Kalo budak lain,mau dah bising dlm bus tu..Bus pun delay nk smpai ke K.L..
Bus berhenti kat Bentong sebab nk turunkan sorang penumpang ni,Abg tu ngan anak dia pulak nak ke toilet,katanya sudah diberitahu pada driver..Tup2..kena tinggal..Nasib baiklah penumpang yg turun kat bentong tadi ade kawan dia dalam bus yg sama..Driver bus ingat abg tu ngan anak dia ttingal masa kat merapoh..sbb tu dia tak berhenti..Dia teruskan perjalanan..
Dia call la kawan dia and minta kawan dia jagakan anak abg tu..Dia akan jemput anak dia dkt Hentian Putra..
Nasib baiklah ada mamat yg prihatin..Kalo tak..mau benda lain dibuatnya..Yelah..skrng ni..mcm2 org akn buat tok dapatkan duit...Dah la budak kecik tu comel..
Kejadian 4
Setibanya di K.L,bus terus menghala ke Highway menuju ke Shah Alam..Dalam samar2 senja,pembantu pemandu bus menerima satu panggilan...Dia menerima informasi yg ada penumpang tersalah ambil beg penumpang lain semasa turun di Hentian Putra..Perh..takkan nak berhenti lagi??
Tapi bus tu still teruskan perjalanan..takut jadual bus lari..Dalam meredah jem,kte dok terfikir2..beg sape lah yg salah amik tu..risau gak kalo beg kte..kalo beg orng lain..lg la kesian..memasing nk cepat balik...
Nasib baik orng yg salah amik beg tu terus pulangkan ke kaunter..Setibanya di shah alam..dengan rasa puas dan bersyukur sbb selamat sampai..Yela,takut la juga..kata bus express,mmg 'express' betul orng tu bwk bus..tengah seronok2...Baru nak amik beg...Peh!! beg tak de..Memang malang nasib hari ni...Beg pulak diamik orng..driver tu ckp kalau nk beg tu,esok baru boleh dorng hantar ke Shah Alam..Mlm tu dah tak de bus yg tron shah Alam..Driver tu offer trun ke Hentian Putra..tapi tak mau la..kena balik sendiri..naik train plak tu..aduh..keja snang jadi susah..sbb tu malas nk letak beg kat bawah..Ni 1st time letak kat bawah kecuali naik bus UiTM..
Last2,kte teringat la sorng hmba allah ni..terus kite call and minta tlg..Kebetulan dorng tgh kuar dating...Alhamdulillah...beg selamat diambil..nasib baik tak de brng yg hilang..Thanks DielLan...hehehe..
ni lah al-kisah yg terjadi sepnjang perjalanan kte balik dari besut ke Shah Alam..
.
.
.

Thursday, May 28, 2009

Alhamdulillah...

wah..

Macam tak percaya la pulak..Esok kte Konvo..Pejam celik,dah habis 3taun blajar..Skrng ni pun smbung amik Degree..
Hope study tuk Degree ni habis on time ngan result yg Best!

Kepada yg nk Konvo esok...Tahniah!!!
Jumpa Esok...

Sunday, May 17, 2009

Kehidupan....

Sejak kebelakangan ni..Pelbagai dugaan dan cabaran yg telah kite lalui..

Kadang-kandang,kite hampir tewas..Banyak masalah yang kite kadang2 tak sangka akan menimpa kite..Betapa sakitnya perasaan kite..Hanya tuhan saja yang tahu..

Adakah ini salah satu dugaan yang kite dapat daripadaNya?Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa kite...Kite cuba mengatasinya serta menerima dengan seadanya..Mungkin hanya dengan bersabar,dan berdoa,kite akan menemui jalan penyelesaian...Diharap kite tak cepat melatah dengan ape yang menimpa diri kite...

Tuesday, April 28, 2009

Apa Kata Anda???

Ada sesetengah org percaya, hnya dengan mengawal pemakanan boleh menurunkan berat badan...dan ada yang percaya,dengan melakukan senaman, boleh menurunkan berat badan...

Apa Pandangan Anda?



Physical Fitness(Sports Science
Vs
Nutrition Application


Saya telah mendapat satu cerita yang agak kurang logik dari seorang kawan yang tidak mnyokong pandangan tersebut..

Beliau menceritakan bahawa, seorang yg berpangkat professor/Doctor telah menyatakan bahawa,sains sukan sudah tidak penting utuk diaplikasikan sebagai sebahagian senaman untuk mengurangkan berat badan..hanya mengamalkan *produk kesihatan-utk mnurunkan berat badan* ini, anda sudah boleh kurus..Kita hanya perlukan pakar nutrisi..

Katanya lagi,bentuk badan,serta otot2 boleh terbentuk hanya mengamalkan diet(produk)a tersebut..

Kepada rakan2 saya yang juga pelajar sains sukan dan rekreasi dan juga bekas pelajar FSR, saya perlukan pandangan anda...

Thursday, April 23, 2009

Scuba Openwater

Salam...

Sorry sebab info pasal skuba kurang lengkap..Sebab bnyk nk kena bt cnfirmation dulu..
Ok..ni detail bout the program..but not 100% detail..sebab sebarang penukaran akan dibuat..kecuali tarikh..(Insyallah)

Program: Scuba Openwater training (NAUI)
Tarikh: 23jun-3 Julai 2009
- teori dan latihan sekitar tarikh 23jun-28jun..
- Ke Pulau kapas 30Jun-3Julai 2009(berkemungkinan akan bertolak mlm 29Jun)
- Kelas untuk inspection/cara penjagaan peralatan..seminggu sebelum tarikh 23Jun..
(akan diberitahu kelak-bergantung pada instruktor)
Tempat: Makcik gemuk Resort(msih dlm pertimbangan-bergantung pada budget peserta)
2nd choice-Camping...
Bayaran: Rm1,000

Setiap Peserta perlu sertakan:
- Gambar (pasport, tak mau gambo A3..)
- Salinan kad pengenalan


Setiap peserta perlu menjalani ujian kesihatan..Serta lulus ujian kesihatan...Borang ada pada saya...

Setiap peserta harus mendaftarkan diri pada saya, selewat2nya hujung bulan ini..
Sebab,nak buat confirmation brape org yg akan join..Kelewatan berkemungkinan akan menyukarkan pengurusan saya dengan instruktor yg bertanggungjwab..


Jika ada sebarang pertanyaan, Hubungi saya terus di talian ...................(tau kan..mls nk publish)

Wednesday, April 22, 2009

please....

perhatian...


Scuba Openwater

Tarikh: 23Jun-3 Julai 2009

Tempt: *Makcik gemuk Resort, Pulau Kapas


Kepada ahli persatuan yg berminat, sila hantar nama anda pada sya selewat2nya hujung bulan ini..



*sebarang perubahan akan diberitahu kelak

Friday, April 17, 2009

Please Give Some Feedback...

Attention....


Kepada semua ahli persatuan yang berminat untuk menyertai Scuba Openwater, Sila serah nama anda as soon as possible..

Sya amat memerlukannya..Ini kerana saya perlu tahu berapa orang yg akan menyertai program ini, supaya jadual aktiviti boleh dikemas kini secepat yang mungkin..

Diharap, semua ahli Persatuan dapat memberi kerjasama kepada saya...

tolong ek...


New Information...

Berkemungkinan besar, skuba akan dibuat pada awal bulan Julai..atas sebab2 yang tak dapat dielak...

informasi terbaru akan diberitahu kelak..

sekian, harap maklum...

Thursday, April 9, 2009

Mayday..mayday...


Salam...

Ada pembaharuan dalam informasi Selam Skuba..

Berkemungkinan besar, tarikh selam skuba akan di tukar kepada satu tarikh yang belum di pastikan lagi.. (Maybe awal bulan 7).. Diharap anda semua sentiasa mengikuti perkembangan seterusnya....

Perkembangn tebaru akan di beritahu kelak..
Sekian..

Wednesday, April 1, 2009

Pra-Selaman..(?)

salam..

PERHATIAN...

Kepada ahli & alumni Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU)....
Perancangan aktiviti pada musim cuti semester......(Bulan 6)...

  • Berminat untuk menyertai selam skuba???
  • Bayaran amat berpatutan...
  • Terhad kepada 20 orang shj...
  • Hanya perlu hantarkan nama,i/c, no.fone & alamat ke burn_land@yahoo.com
Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan aktiviti kali ini berjaya...Di harap anda dapat membantu saya dalam pengurusan aktiviti ini...

Wednesday, March 11, 2009

Bulan Mac..

alahai...

Bulan yang penuh pack.. Dalam bulan ni je, dah melambak2 assgmnt yang nk kena submit..Dengan laptopnya yang blom setel2 lagi...Aduuuhhh...Susah juga nk buat keja tak de laptop..Ni pon nsib baik kwn bagi pinjam..Kena la share ngan dia..Priority msti berpihak pada tuan punya laptop..Skrng ni da kna plan nk buat ape..Assgnmnt mane yang nk kena setelkan sebelum buat assgnmnt yg lain..Blom dikira dgn presentation lg..Nk kna pg interview company lagi...Pening-pening...

Tapi, dalam kesibukan..kite try juga luangkan masa dengan student Final Camp utk bantu ape yang boleh dan ape yang patut..Lagi brape hari je dorng nk ke Janda Baik..Hope semuanya akn berjln dgn lancar.. Walaupun tak dapat nk luangkan bnyak masa sepanjang Final camp,dpt bantu dekat sini pon dah memadai..Kite and Dila akan pg janda baik stat hari sabtu,and balik ahad malam..Tak boleh nk stay lama2..Ada kes lain lg yg belom diselesaikan...

Pada Alumni Persatuan, Terima kasih banyak-banyak sebab sudi turun utk ke Final Camp..jasa anda amatlah dihargai..Minta maaf sangat2 sebab ahli tak boleh turun padang untuk turut serta..Terima Kasih banyak2...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar..Dalam kita membantu Boss utk Final camp ni, kita pun boleh dapat input yang mana mungkin tak dapat ditempat lain..Betul tak...(Nak pg mandi air terjun..=( uhuk...)

Go0d Luck for Instruktor Final Camp!!!!!

Saturday, March 7, 2009

Cinta...Suka....

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga
.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Thursday, March 5, 2009

Boleh pula..

"Ko jgn la teruskan hubungan ko dgn dak sarawak tu..Aku tahu sgt perangai org sarawak,aku boleh baca la perangai orang sarawak....."

Perh...menyirap juga bila dengar perkataan tu dari seorang lelaki yang ingat bagus sangat diri dia tu..mana tak nya, macam-macam dia komen pada rakan dia yang seorang lagi ni...

Kejadian ni berlaku sekitar tahun 2008 selepas kite selesai Latihan Praktikal di KOLA..Kite ke Cyber Cafe berhampiran kawasan perumah kite..Pergi hanya nak buka internet,ada kerja yang perlu diselesaikan...Sedang asyik melayari internet, datang dua orang lelaki duduk selang 2 kerusi daripada kite..Bermulalah satu perbualan yang menyakitkan hati..

Si kawan asyik memberi ceramah pada rakannya, tetapi si kawan asyik dengan Counter Strike nya..Yang tak boleh kite terima cara si penceramah tu, dia ckp dia tahu sangat dengan perangai budak swk..Ape yg dia tahu...Kite pon pasang telinga lah masa tu..Dia ckp si kawan tu tak akan bahagi kalau kahwin dengan budak swk tu dan akan berpisah dalam masa yang singkat..Katanya lagi, majoriti budak srwk macam tu..Dia mnta si kawan berpisah shj dengan budak swk tu..Si kawan masih dengan muka slumber nya bermain Game..Si pemberi ceramah masih lagi membebel.."Aku ni kenal sgat org swk, bahasa dorng pun aku paham.." Ye ke faham??? "Aku tak nak tgk kawan aku tak bahagia bila kahwin nanti..Ko fikir2kan lah tentang ni..Kahwin bukan boleh di buat main2.."Dengan muka confidentnya dia berkata.."Baik ko kahwin dengan org semenanjung..Aku tahu la..Aku dah masak dengan perangai orang ni.."

Kalau betul faham, kenapa time kite borak kat fone dengan kakak kite, die xfaham..sekurang2nya laki tu mesti pandang kite..Ni tak..Dia tak sedar dia dok kutuk orang swk..Dah la cakap kuat2, macam CC tu dia yang punya..! Hati dah panas dah masa tu..Macam2 dia kutuk pasal orang swk..Macam2 dia mengata tentang org swk..Siapa tak sakit hati...Walaupon kite dah lama duduk kat semenanjung ni, kite tetap anak jati Swk..

Dengan muka bengangnya..kite bangun, Pergi ke counter pastu minta abg yang jaga counter tu bagi satu nota kat mamat tadi.."JANAGN INGAT SEMUA ORANG SWK SAMA..! NAK BERCAKAP TU PANDANG2..JANGAN MAIN LEPAS JE..!!!" Pastu kite balik..Nak marah depan2 tak berani, bukan ape..waktu tu dah kol 11 mlm..Dalam cc tu semua lelaki..Kecut juga perut

Monday, February 23, 2009

Minggu sedih

sedih...sungguh sedih...

Kesedihan telah menyelubungi diriku tatkala keserabutan menjelma..Ingin ku luahkan pada dunia..tapi..siapa yang ingin mendengar rintihan hatiku ini..mereka juga ada keserabutan mereka yang tersendiri..

Apa kan daya, minggu ini hatiku sungguh resah, hampir tumpas dengan perasaan sendiri..Inginku mengalirkan air mata, tapi tiada lagi air mata yang dapatku curahkan..Inginku marah, tapi salah ku juga didalam situasi ini..Apa yang dapatku lakukan hanyalah menanti..dan terus menanti...Ku harapkan kegembiraan akan menjelma pada minggu ini juga... Ku kan menanti saat-saat bahiaga itu.. Hidupku tidak lengkap tanpa diri'nya'.. Aku amat memerlukannya dikala ini dan amat menyayanginya..

Tapi, Kuharapkan keajaiban akan berlaku.. Ku harapkan sesuatu yang amat berharga akan terjadi pada diriku.. Biarlah hari-hari yang penuh cabaran dan keserabutan berlalu dengan pantas..

....Laptop masuk bengkel daa..Terhempas dari aras pinggang...Uuwwaaaa..!!!!......

*Fikir lain la tu.....

Friday, January 30, 2009

Macam-macam la...

"Kalau U mau tukar ini fone model yang sama,U kena tambah lagi RM70..I tak mau U rugi maa,U da banyak belanja untuk ini fone,U hantar repair la..Jgn bazirkan U pnya warranty mcm tu ja.."

Ape kes,nak tukar kena tambah lagi RM70,yelah bukan salah kite amik fone yg tak boleh pakai..padahal fone yg baru kite beli tak sampai 4 hari kite pakai..kalau tgk call duration pon baru 20min..

Ini la yang terjadi kat kite taun lepas(bulan 12 hari tu)..Kte beli fone,tu pun sbb mak belanja..So i choose sony ericsson k530i..I bought the Red one..cantik sangat..tapi baru pakai sehari,fone dah buat hal,tak boleh charging..Ingatkan masalah battery..So,I went back to that shop..mnta replace fone battery..Lepastu,kite try charge balik battery tu..still not full..kite frust..hari ke-4,kite pg balik kedai tu...Bila dia check,rupanya charging problem..kalau fone sony yg biasa dia akn tulis kat skrin fone tu 'Optimize charging',tp kat fone yg baru kte beli..'charging alien battery'..peh..patut tak dapat charge..ade alien..

"I hantar repair your fone,dlm 3-4 hari siap"..kite pun berserah je..then kite dapt balik fone 23hari kemudian..perh..lama bebeno..Dia ckp org sna tukar motherboard..patut la model dalam fone tu lain..k530c..Aduuhhh....Sakit jiwa dibuatnya..

Next problem pula timbul...tak ade 3G..marah sangat2..hantar lama2,tp jadi mcmni pula..lepastu dtg balik,bwk la babah and abg stone pula..Dia ckp harga fone naik..kalau nk tukar juga,kte kena tambah RM100..Hangin la juga...Dia suruh hantar repair lg..kalau hantar lagi entah bulan bila pulak siap.."Mungkin after Chinese New Year harga ini fone akan turun.." tak tahu la turun brapa banyak..


Semalam,kte datg balik..kte datang berdua..Kte ngan Abg Shawn pula.."Hari tu U dtg dgn org lain,skrg U dtg bwk org lain pula....bla..bla..blaa..."Pnjang pulak dia bebel..Habis dia bebel, Abg Shawn pula bebel mamat tu...Kte da kecut perut..

"I tak takut kalau u bawa CID,Polis,Kastam,siapa2 shj..I tak takut..I bukan mau tipu U,I mau tolong U..Hari tu U bwk U pnya Abg,hari ni U bwk org lain..I tak takut punya.."
Bila deal,dia ckp New fone sampai dlm 3hari..Bila dah kat prking,dia call balik suruh naik balik temapt dia...Dia ckp bos dia pula nk jumpa...Takut pula dia ada bwk geng..Dari apa yg kte dgr dari kwn Abg Shawn(tokei kedai fone)kat sana memang ada gengster...Abg Shawn suruh balik dlu.. Kemudian datang balik 8.00 mlm nanti..Seram je...

Bila datang balik, kte ditemani beberapa org jejaka..ye la..takut2 btul2 dia bwk 'kawan2' dia.."Bos I suruh bagi u new fone, dia hantar dari KL..Dia ckp U dah datang bnyk kali,tapi problem masih tak selesai" Aik, laju betul Bos dia hantar fone dari KL ke Shah Alam..
Wah..pastu dapat la kite fone baru,dengan warranty yg baru..tapi model yg sama la..Kaler hitam..tak apa..asalkan dapat apa yg kite nak..Kalau dari dulu dia boleh tukar terus kan senang..tak payah la kte nk datang bnyak kali..Kenapa dlu dia tak nak tukar,tapi semalm senang je tukar??

Tapi, apa2 pun..kte nak ucap terima kasih kat Abg Shawn and His frens..(do i need to mention their name?,tak apa la..secret..shh..!)
So,lapas ni kalau ada yang nak beli fone, cari Abg Shawn..Dia ada pot baik utk beli..

Sunday, January 25, 2009

Do your eyes clear enough??

Can you read this ??? ?



Not possible to read anything?Then follow the guidelines given below















Close your eyes almost 90% so that you can actually read it..

Thursday, January 22, 2009

Kisah Rasulullah dan Buah Limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.Begitulah akhlak Rasullullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Wallahualam

Saturday, January 10, 2009

Patut ke??-Doa Jodoh yg Melampau..

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,jodohkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku,Jodohkanlah jugak...

Jika dia tidak berjodoh denganku,maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,

biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,Jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,putuskanlah!Jodohkanlah dengan ku... .

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...


Amin... .

Sunday, January 4, 2009

Life..Life..Oh Life..

Hari ni, hari pertama duduk di kolej setelah seminggu kelas bermula..Penat juga nk punggah barang,nasib baiklah bilik tak terlalu tinggi..Roomate kite pun kawan satu kelas masa diploma dulu..

Sekarang kite tinggal di kolej yang lain..Itu pun dengan bantuan Pegawai pusat sukan untuk dapatkan tempat. Kalau tak,ulang alik la dari rumah ke Fakulti..Penat juga macam tu..Bukan tak nak duduk rumah sewa dengan kawan2 yang lain.. Cuma rezeki nak merasa duduk kat luar tu belum ada lagi.. Lagi pun,kite dah buat keputusan nak duduk kat dalam.. Entah kenapa hati ni nak duduk kat dalam.. Walaupun dah dapat greenlight dari 'Madam' nak duduk luar, hati ni je macam tak sedap.. Entah lah.. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian..huhuhuuu...Macam tau-tau je..(Memandai je).. Madam pun okey je kite nak duduk kat dalam..

Minggu ke-2 ke kelas.. Pening sikit.. Nak kena fikir plan kelas dari awal lagi.. Assignmnt.. Project... Presntation... Waarrhhh...!!! Lain dari masa Diploma dulu... Tapi, hidup mesti diteruskan.. Tak boleh cepat mengalah.. Kite akan cuba naikan semangat 'Yakin Boleh' dalam diri kite..(wah..wah..wah..!!) Mungkin dah lama sangat jadi penganggur yang setia.. Tu yang blank sekejap.. Nak menulis pun take time.. Boleh tahan juga cakar ayam tulisan kite..hahahaha..(Seni la katakan)

Apa2 pun, Gambatte bayo..!!!!!

Azam perlu diteruskan..... Semangat perlu ada..Chayok..Chayok!!
.
.