Wednesday, December 16, 2009

Apakah benar?

Benarkah..

Bila seseorang merasakan yang mereka sudah cukup lama dan berkuasa, mereka akan cuba menjatuhkan yang bawah. Mereka menyangka mereka sudah lama dan sudah 'matang' dikalangan yang lain, atau mereka cuba menguji ke'matangan' mereka. Walhal mereka tidak sedar mereka masih perlu memperbaiki diri. Ada juga dikalangan mereka merasakan, arahan dan kata-kata daripada pihak atasan tidak perlu diendahkan selagi masih ada orang bawahan yang mampu membuat dan melaksanakan tugasan mereka. Ada juga yang mempertikaikan tanggunjawab yang telah dipertanggunjawabkan kepada mereka suatu ketika dahulu.

Kenapa perlu bertikam lidah hanya disebabkan satu tujuan?? Adakah mereka fikir akan kebaikan yang mereka akan dapat?? Atau mereka belum sedar akan tujuan tersebut dan menganggap ianya tidak penting bagi mereka jalankan dan merasakan ia hanyalah 'tugasan kecil'.

Tanggungjawab yang telah diamanahkan sepatutnya dilakukan bersama-sama dan melalui pengalaman inilah akan dibawa pada masa akan datang dan bukan untuk dibanding-bandingkan tetapi untuk rujukan kepada yang lain.