Tuesday, August 4, 2009

Tidak lama Lagi


Hanya beberapa hari lagi kami akan menjalani amali perkhemahan akhir pelajar SR 221 (03) yang akan diadakan di Pulau Kapas, terengganu bermula pada 14 ogos sehingga 19 ogos 2009..

Buat masa ini persiapan kami untuk ke sana telah berjalan seperti yang dirancang.. Kadang-kadang apa yang dirancang tidak menjadi..
Ada beberapa masalah yang timbul.. Ada yang dirancang tidak dapat dijalankan, sudah mendapat kelulusan tetapi masih tergendala perjalanan pengurusan kami.. Jika dilihat, sepertinya kami tidak berbuat apa-apa untuk perkhemahan ini.. Tetapi, tuhan saja yang tahu perasaan kami ketika ini.. Betapa gelisahnya kami jika program ini tidak berjalan dengan lancar..

Untuk semester ini, kelas kami telah digabungkan dengan kelas pelajar baru (baru masuk-ex-dip) dan jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai 44 orang.. Tidak seperti kelas yang sebelumnya yang mana pelajar tidak melebihi 25 orang..Dengan jadual kami yang berlainan, menyukarkan lagi kami untuk berkumpul... Tetapi, itu tidak akan mematahkan lagi semangat kami untuk bersatu dan bekerjasama...
Kami amat berharap perkhemahan ini berjalan dengan baik...

Walau banyak dugaan yang menimpa kami, kami akan cuba untuk menyelesaikannya.. kami mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan memberi kerjasama kepada kami.. Dengan bantuan semua pihak yang berkenaan, program ini akan berjalan dengan jayanya...
Doakan kejayaan kami....



*Walaupun dengan kecederaan yang dialami kini, ia tidak akan melemahkan semangat saya untuk mengikuti program ini. Saya akan buat yang terbaik...Diharap rakan-rakan yang lain juga dapat membantu dan memudahkan perjalanan program ini.....

3 comments:

yazilahyazir said...

salam lenny..
takpe..akak percaya lenny bole buat punyer...just prepare je mana yg patut kena sediakan...
gud luck ye lenny..

Lennyek said...

thanks kak..tp kdang2 kte krng knfident la plak..xtau lak knape...

hijau bumi Tuhan... said...

gud luck...
plan, organize, implement, lead, control...


salam perjalanan...