Friday, September 12, 2008

Majlis Berbuka Puasa (PERLU)

Semalam telah di adakan satu majlis berbuka puasa bersama Penasihat, Alumni dan Ahli Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar(PERLU) bertempat di Kolam Renang UiTM, Shah Alam.

Majlis telah dimulakan dengan gotong royong ahli dan alumni dalam menyediakan kawasan berbuka puasa. Ada di kalangan alumni yang sedia membantu dan datang awal untuk memberikan komitment serta sama2 menyediakan juadah berbuka yang telah dibeli. setiap ahli membeli sedikit kuih muih untuk menambah menu pada majlis berbuka kali ini. saya mengucapkan terima kasih kepada semua untuk sumbangan anda semua.walaupun sedikit, tapi apabila di kumpul semuanya, menjadi banyak. tak terkecuali juga En.Hisyam dan keluarga yg datang membawa kek coklat(mcm birthday la pulak).

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa, seterusnya sembahyang maghrib berjemaah..kemudian jamuan makan diadakan dan di hiburkan dengan nyanyian nasyid, hari raya dan juga lagu tema final camp(sempat juga budak2 ni).sesudah makan, sembahyang isya' dan tarawih diadakan.

majlis diakhiri dengan sesi fotografi(oleh wartawan Sinar..hehehe...tolong promote je) dan juga ucapan Hari Raya sebagai kenang-kenangan(Abg Mus paling over skali)..semoga majlis seperti ini dapat diadakan selalu(bak kata En.Din-"Tradisi mcm ni dah xada di fakulti").so, kitalah yang akan memastikan tradisi gathering akan sentiasa ada.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat2,alumni2 dan juga ahli kerana sudi hadir,walaupun jauh(bagi penasihat dan alumni) anda sudi hadir dengan jamuan yang tak seberapa dan kepada orgenizer, yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Berbuka Puasa ini...

sekian..

4 comments:

wegreentheearth said...

aikss...
mana ader mcm tue..
cuma bagi que je la..
tak over sgt..

Lennyek said...

over la..kalo x..xdenye suara abg je yg lbey..

Stoner said...

hahaha

niwey janji sume hepi

FoO dA fIrSt#1 said...

ada kuar sinar ka?