Kadang-kadang manusia tidak nampak akan kebaikan seseorang itu terhadapnya, tetapi cepat sedar akan kekurangannya. Perlukah seseorang itu lengkap segalanya untuk disukai oleh orang lain? Ataupun perlukah seseorang itu yang perlu memulakan segala puji-pujian agar pujian itu akan terbalas?
Kadang-kadang manusia tidak pernah bersyukur diatas pemberian Tuhan kepadanya.Mereka hanya tahu ingin sesuatu yang lebih daripada orang lain walaupun mereka tahu ianya sukar untuk dipenuhi. Mereka juga tidak dapat menerima kenyataan akan kekurangan yang mereka miliki dan hanya memikirkan akan kemegahan.
Kadang-kadang mereka lupa akan asal usul mereka sebelum ini. Mereka cuba mencipta identiti baru bagi menarik perhatian yang lain supaya dikenali. Mereka tidak sedar akan perlakuan mereka yang mungkin akan dipandang serong oleh orang yang telah lama mengenali mereka. perasaan jengkel mungkin akan terbit dari isi hati mereka tentang orang yang mula melupakan diri.
Kadang-kadang manusia terpaksa berkorban segalanya hanya untuk kebahagiaan pasangan mereka tanpa meminta pembalasan. Ada juga yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka bahagia tanpa memikirkan akibat pada diri sendiri. Dengan cara ini sahajalah mereka boleh menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka kepada orang yang dikasihi.
Kadang-kadang manusia merasakan hidup ini tidak adil bagi mereka. Ada juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bagi melepaskan kemarahan mereka. Mereka merasakan orang yang ada disekeliling mereka tidak menghargai mereka dan merasakan mereka adalah beban kepada segalanya.
Kadang-kadang manusia hanya tahu menunding jari akan kesalahan yang telah dilakukan. Ada juga yang sanggup menipu untuk mengelakkan daripada dituduh dan mengekalkan imej 'bersih' dikalangan rakan-rakan yang lain. Mereka merasakan merekalah insan yang paling mulia dan merekalah orang yang wajib dikenali oleh setiap orang.
Kadang-kadang kita tidak perasan akan insan yang ada disekeliling kita. Ada yang cuba menjatuhkan diri kita dan ada yang akan membantu ketika memerlukan. Tidak semua daripada kita menghargai insan yang bergelar keluarga, kawan, kekasih, mahupun hanya kenalan biasa. Hidup ini hanya sekali, janganlah diabaikan insan-insan yang ada disekeliling kita sebelum terlambat....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment