Kadang-kadang manusia tidak nampak akan kebaikan seseorang itu terhadapnya, tetapi cepat sedar akan kekurangannya. Perlukah seseorang itu lengkap segalanya untuk disukai oleh orang lain? Ataupun perlukah seseorang itu yang perlu memulakan segala puji-pujian agar pujian itu akan terbalas?
Kadang-kadang manusia tidak pernah bersyukur diatas pemberian Tuhan kepadanya.Mereka hanya tahu ingin sesuatu yang lebih daripada orang lain walaupun mereka tahu ianya sukar untuk dipenuhi. Mereka juga tidak dapat menerima kenyataan akan kekurangan yang mereka miliki dan hanya memikirkan akan kemegahan.
Kadang-kadang mereka lupa akan asal usul mereka sebelum ini. Mereka cuba mencipta identiti baru bagi menarik perhatian yang lain supaya dikenali. Mereka tidak sedar akan perlakuan mereka yang mungkin akan dipandang serong oleh orang yang telah lama mengenali mereka. perasaan jengkel mungkin akan terbit dari isi hati mereka tentang orang yang mula melupakan diri.
Kadang-kadang manusia terpaksa berkorban segalanya hanya untuk kebahagiaan pasangan mereka tanpa meminta pembalasan. Ada juga yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka bahagia tanpa memikirkan akibat pada diri sendiri. Dengan cara ini sahajalah mereka boleh menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka kepada orang yang dikasihi.
Kadang-kadang manusia merasakan hidup ini tidak adil bagi mereka. Ada juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bagi melepaskan kemarahan mereka. Mereka merasakan orang yang ada disekeliling mereka tidak menghargai mereka dan merasakan mereka adalah beban kepada segalanya.
Kadang-kadang manusia hanya tahu menunding jari akan kesalahan yang telah dilakukan. Ada juga yang sanggup menipu untuk mengelakkan daripada dituduh dan mengekalkan imej 'bersih' dikalangan rakan-rakan yang lain. Mereka merasakan merekalah insan yang paling mulia dan merekalah orang yang wajib dikenali oleh setiap orang.
Kadang-kadang kita tidak perasan akan insan yang ada disekeliling kita. Ada yang cuba menjatuhkan diri kita dan ada yang akan membantu ketika memerlukan. Tidak semua daripada kita menghargai insan yang bergelar keluarga, kawan, kekasih, mahupun hanya kenalan biasa. Hidup ini hanya sekali, janganlah diabaikan insan-insan yang ada disekeliling kita sebelum terlambat....
Saturday, May 22, 2010
cuti...
Salam...
Dah lama juga tak berBlog...Dah banyak juga sawang-sawang...
Lepas habis final exam, semua kawan-kawan sibuk menghayati keindahan cuti semester sementara kite pula sibuk membuat pesediaan SUKMA yang akn berlangsung kurang dari 3 minggu dari sekarang...
Latihan 3 kali seminggu tak cukup untuk target kite kali ni..Kali ni, 6 hari seminggu kite akan meluangkan masa di Lapang Sasar Subang..Teringat balik masa zaman sekolah, masa yang ada adalah untuk latihan..Habis je kelas, terus ke Subang untuk latihan..Pada masa tu, menembak adalah salah satu aktiviti harian yang wajib dilakukan..Sekarang dah lain, kite perlu membahagikan masa untuk latihan..
kite mengharapkan yang terbaik untuk SUKMA kali ni untuk menebus balik kekalahan kite pada SUKMA lepas..Memandangkan kite adalah salah seorang atlet veteran dalam pasukan menembak, memandangkan sukan menembak telah ditinggkatkan usia penglibatan ke 23 tahun dan kite perlu memberi sekurang-kurangnya 2 pingat emas untuk Selangor..
Pra-SUKMA di Melaka baru saja berlalu, keputusan yang ada belum cukup puas untuk di banggakan.Kite perlu berusaha lebih lagi dan memberi sepenuh perhatian dalam latihan..Walau jiwa kadang-kadang tidak menentu akan kemahuan sendiri, kite tetap mencari untuk kecemerlangan akan datang..
Buat atlet SUKMA Selangor terutamanya atlet menembak, Berusaha bersungguh-sungguh, no.1 dalam tangan..Cayok-cayok!!..
Kita jumpa di Melaka!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)