Friday, November 21, 2008

Jawatan Kosong

Kepada warga PELU..

Anda penganggur yang setia?

Ingin mencari kerja?

Jawatan:

Pegawai Belia dan Sukan &
Penolong Pegawai dan Sukan..

Di Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur..


Tarikh Tutup: 13 December 2008..


Borang boleh didapati di laman web www.isn.gov.my






Ihsan dari Mohd Helme B Basal (En.Baom)

Wednesday, November 12, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-09

Dengan ini saya menjemput semua Ahli, Alumni serta Penasihat Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali yang ke-9..

Saya juga mengharapkan kehadiran ahli-ahli persatuan pada tarikh tersebut bagi melancarkan lagi Mesyuarat Agung Tahunan pada penggal ini bagi menentukan Lembaga Majlis Tertinggi (MT) bagi penggal hadapan.

Di sini saya sertakan atur cara majlis

Tarikh : 18 November 2008 (Selasa)
Tempat : Bk08, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Shah Alam
Masa : 8.00 malam -11.00 malam


Kehadiran anda dialu-alukan.....sekian...




*Sebarang perubahan akan diberitahu kelak......
.
.

Sunday, November 9, 2008

Sumak Ramak


Assalamualaikum....

Dah lama kite tak menulis dan mengarang tentang kehidupan seharian kite..Kali ni tak banyak yang kite nak katakan..Cuma sejak kebelakangan ni,kite jadi serabut sikit..Mcm PM pula banyak benda nak difikirkan..Nak kata masalah ni serius,tak de la se'serius' masalah Negara..Tapi dah cukup untuk memeningkan kepala kite ni..

Buat masa ni,kite akan slow sikit dalam ber'Blog' kali ni..Nanti,bila mood nak bercerita dah ada balik,kite akan kembali dalam Blog ni..Setakat ni,biarlah kite menjadi pemerhati saja..

Buat TEAMTACT,thank coz sudi menerima program Sekolah Seksyen 9 tempohari dan sudi mengambil kite sebagai pekerja sambilan.Sebenarnya,kami agak buntu juga macamana nak jalankan juga program ni di musim peperiksaan akhir student UiTM(FSR),dan juga dengan masalah pinjaman barang,kalau tak,tak tahulah nak buat macamana..Terima kasih banyak-banyak...


Sekian...


Senyum Selalu....
.
.

Thursday, November 6, 2008

ABCD....Kehidupan..

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu kepada yang memerlukan
E : Elakkan pertelingkahan sesama kita
F : Fikir sebelum bertindak terburu-buru
G : Gembira selalu
H : Hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca Al-Quran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali
.
.
.

Sunday, November 2, 2008

Ketawa???

Ketawa dalam internet + email + chatroom... ... ... ..

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum= :)
13: Ketawa Double= =))
14. Sengih= :D
15. Ketawa kuat: LOL
16. Ketawa bergolek-golek: LOLROTFL
17. Ketawakan dia: He he he he he
18. Kekkekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. ahakz = ketawa jimat cermat
20. hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh = ketawa tak ikhlas
21. heheh - hampir-hampir ketawa
22. kui kui kui - ketawa sambil batuk
23. hik hik hik - ketawa dalam mabuk
24. hek hek hek - ketawa ngada-ngada.
25. wakakakkakaka - ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring
26. eh heh - ketawa sindir.
27. huargh huargh huargh!!! - ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal)28. ngee ngee ngee - ketawa sengih
29. kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh - Ketawa sambil lewa
30. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe...

.
.

Hahahahaha...!

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.
"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah."Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu."Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.
"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi."Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"
.
.