Monday, January 25, 2010

Petukaran

Salam...

Kepada semua ahli dan alumni, ada sedikit perubahan didalam Intro Camp Diploma.

Peserta: Kampus S.Alam, Jengka, Shahputra dan Insted
Tempat: Hutan Simpan UiTM, Jengka, Pahang
Tarikh: 29hb-31hb Januari 2010

Kepada alumni, kehadiran anda semua amatlah dialu-alukan..

Wednesday, January 20, 2010

Intro Camp Diploma

Perhatian..

Kepada semua ahli dan alumni..


Intro Camp Diploma (Pelajar Shah Alam & Jengka)
Tarikh: 29hb-31hb Januari 2010..
Tempat: Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor.


Kepada semua alumni, anda dijemput hadir.

Friday, January 1, 2010

Untuk kali ke-3...

Ini adalah kali ke-3 kite mengalaminya..

Sekali lagi kereta yg kite naiki mengalami kemalangan..

kejadian pertama seminggu sebelum raya..Dah lama juga la..Waktu tu tahun 2004..Hujan renyai2,kite,kakak dan anak buah dalam perjalanan balik ke rumah..Nak dijadikan cerita, kami pon berhenti di lampu isyarat berhadapan Jusco Bukit Raja.. Tiba-tiba,kami dilanggar daripada belakang.. Tengah seronok2 nyanyi lagu raya, kami terkejut. Tercampak juga la anak buah atas dashboarrd kereta..Berdarah bibir budak kecik tu dan menangis tak henti2.. Waktu tu, malam.. Semua jadi dengan pantas..Orng yang langgar kami waktu tu student.Sakit juga otak time tu.. Semuanya diselesaikan di balaii polis.. Masa balik raya, bdan semua lebam2..seksa juga la nak bangun..Kalau nak tgk kesan eksident, dkat dahi kakak masih ada bekas..heheheee..(mcm flwrhon)

Sekali lagi kite mngalami kemalangan.. Kali ni kite berseorangan..Sebelum ni kite pernah postkan tentang kemalangan tu.. Gerun juga bila kena.. Hampir setengah tahun juga la tak bawa kereta..Nasib baik masa tu praktikal di Tasik kenyir.. Tapi sampai sekarang fobia masih ada setiap kali bawa kereta dan motor ada disebelah..

Semalam, kejadian dahulu berulang kembali.. kali ni, mak dan anak buah turut berada didalam kereta.. Memang salah orang yang langgar tu.. Keluar roundbout tak berhenti.. Terus memandu laju.. Proton Persona telah melanggar Myvi yang tak sampai setangah tahun digunakan..Sekarang kereta ada didalam bengkel, mungkin isnin ni siap.. Nasib baiklah orang yang melanggar sanggup bertanggungjawab.. Dia rasa bersalah dann akan membayar semua kos membaiki dan perubatan.. Dia ada cakap, dia tak perasan ada kereta di hadapan sehinggalah anaknya memberitahu... Kesian kat anak buah, kelopak mata dia luka pulak..nasib baik kali ni dia tak melalak macam sebelum ni.. Mak ada cakap, lepas ni dia akan buat majlis doa selamat untuk family..

Aduh, badan pon masih lagi sakit..Waktu kemalangan semalam, lutut kite terhantuk pada pintu kereta..Sakit balik.. Elok-elok dah boleh jalan tak bertongkat, terpaksa bertongkat balik...huhuhuuu....Dugaannnn...



p/s: berhati-hati dijalan raya...