Friday, September 2, 2011

Classic Course 489

It had been a couple of month since I was attend for Classic Course 489 at Outward Bound Lumut (1st July- 25th July). It was a great course and it took about 25 days of torturing without any cell phone, books, mp3, internet, money, even newspaper.



For the first few days, I always thinking about my phone, who will SMS me or call me. But after we start our expedition, we didn't realize about our gadgets. What do we think about is, how to face the challenge on the next day. What will happen next and what scenario will lead our journey.



Even though many things happen, but it make me learn how to deal and face with such people or the environment. Sometimes I learn from my own mistake and I try to make it in a better way for sake of my own good. I need to control my tamper in some situation. I'm not a person that easily get mad, but I'm the person who always keep my temper until the limits is off.



Things getting funny when all of our friends find out that me and the other four of my mates are trainee instructor for Outward Bound Lumut. We need to hide our identity for the sake of a smooth program. Those things happen makes me laugh by my own self when I think about it and it was a great experiences that I have with them.. Hotchuway!!!!!


Sunday, May 8, 2011

Tiga puluh April dua ribu sebelas

Sebelum kejadian...

Masa kejadian....

Selepas kejadian....

Bersama 'punca' kejadian...

Senyum molek cket abe oii...

30hb April 2011....

Saturday, October 23, 2010

Tekanan

I'm Stress!!!



Sunday, October 10, 2010

Sakit...

Dalam minggu ni je dah berapa kali kite jadi terlalu sensetif, emosi terganggu, marah, kecewa...Semua perasaan tu bercampur..Ada je yang tak kena. Bila hati baru nak reda, ada lagi benda yang datang menganggu perasaan..Ntah sampai bila nak bertahan..Kite selalu berfikiran positif untuk mengelak fikir yang bukan-bukan..Tapi kali ni, kite rasa macam tak dapat nak kawal..

Bila kita dah baik dengan orang tu, dia pulak pijak kepala..Kite ni macam tunggul kayu..Dah tak ada rasa hormat..kite dah cukup bersabar selama ni..Selama ni pun, tak pernah tinggikan suara..Dia pulak dah mula nak tunjuk taring yang baru nak tumbuh tu..Tak pernah fikir akan perasaan orang lain..Ikutkan hati memang nak serang..Tapi kite masih waras..Bak kata pepatah..ikutkan hati, mati..ikutkan rasa, binasa....

Kadang-kadang, bila kite bercakap banyak pun salah, nant tak cakap langsung pun salah..Tak tahu nak jadi yang macamana..Bila dah bercakap, jadi masalah pula..Sampai sekarang kite masih tak tahu nak jadi yang macamana.. keliru..

Biar apa pun orang anggap diri kite ni siapa, yang pasti kite tahu diri kite ni siapa.. Selagi hati ni boleh bertahan..kite akan bertahan sampai bila-bila..cuma...jangan main dengan api..

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya...

Salam...

Semperna Syawal yang bakal menjelma...Dengan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri saya ini dan minta dihalal makan dan minum sepanjang pekenalan kita...

Jika ada terguris hati, tersilap kata, termaki hamun, terpukul sana sini, tercubit mana-mana...saya harap kesalahan ini dapat dimaafkan...

Selamat Hari Raya Aidilfiti Maaf Zahir & Batin....

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa bagi Semua umat Islam...

Monday, June 28, 2010

Friday, June 4, 2010

Selamat Ulang Tahun..

Selamat Ulang Tahun kelahiran yang ke-28.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Kte doakan syg sentiasa sihat sejahtera, dipermudahkan perjalanan hidup, diberkati dan disayangi oleh semua..
Semoga syg menjadi lelaki yang matang, beriman, bertanggungjawab dan sentiasa patuh akan agama serta menghormati orang tua sehingga ke akhir hayat..

*Kerja rajin-rajin..Jangan lupa diri tau..Kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh..*






-Aishiteru..-

Sunday, May 23, 2010

insan

Kadang-kadang manusia tidak nampak akan kebaikan seseorang itu terhadapnya, tetapi cepat sedar akan kekurangannya. Perlukah seseorang itu lengkap segalanya untuk disukai oleh orang lain? Ataupun perlukah seseorang itu yang perlu memulakan segala puji-pujian agar pujian itu akan terbalas?

Kadang-kadang manusia tidak pernah bersyukur diatas pemberian Tuhan kepadanya.Mereka hanya tahu ingin sesuatu yang lebih daripada orang lain walaupun mereka tahu ianya sukar untuk dipenuhi. Mereka juga tidak dapat menerima kenyataan akan kekurangan yang mereka miliki dan hanya memikirkan akan kemegahan.

Kadang-kadang mereka lupa akan asal usul mereka sebelum ini. Mereka cuba mencipta identiti baru bagi menarik perhatian yang lain supaya dikenali. Mereka tidak sedar akan perlakuan mereka yang mungkin akan dipandang serong oleh orang yang telah lama mengenali mereka. perasaan jengkel mungkin akan terbit dari isi hati mereka tentang orang yang mula melupakan diri.

Kadang-kadang manusia terpaksa berkorban segalanya hanya untuk kebahagiaan pasangan mereka tanpa meminta pembalasan. Ada juga yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka bahagia tanpa memikirkan akibat pada diri sendiri. Dengan cara ini sahajalah mereka boleh menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka kepada orang yang dikasihi.

Kadang-kadang manusia merasakan hidup ini tidak adil bagi mereka. Ada juga yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bagi melepaskan kemarahan mereka. Mereka merasakan orang yang ada disekeliling mereka tidak menghargai mereka dan merasakan mereka adalah beban kepada segalanya.

Kadang-kadang manusia hanya tahu menunding jari akan kesalahan yang telah dilakukan. Ada juga yang sanggup menipu untuk mengelakkan daripada dituduh dan mengekalkan imej 'bersih' dikalangan rakan-rakan yang lain. Mereka merasakan merekalah insan yang paling mulia dan merekalah orang yang wajib dikenali oleh setiap orang.

Kadang-kadang kita tidak perasan akan insan yang ada disekeliling kita. Ada yang cuba menjatuhkan diri kita dan ada yang akan membantu ketika memerlukan. Tidak semua daripada kita menghargai insan yang bergelar keluarga, kawan, kekasih, mahupun hanya kenalan biasa. Hidup ini hanya sekali, janganlah diabaikan insan-insan yang ada disekeliling kita sebelum terlambat....

Saturday, May 22, 2010

cuti...

Salam...

Dah lama juga tak berBlog...Dah banyak juga sawang-sawang...

Lepas habis final exam, semua kawan-kawan sibuk menghayati keindahan cuti semester sementara kite pula sibuk membuat pesediaan SUKMA yang akn berlangsung kurang dari 3 minggu dari sekarang...

Latihan 3 kali seminggu tak cukup untuk target kite kali ni..Kali ni, 6 hari seminggu kite akan meluangkan masa di Lapang Sasar Subang..Teringat balik masa zaman sekolah, masa yang ada adalah untuk latihan..Habis je kelas, terus ke Subang untuk latihan..Pada masa tu, menembak adalah salah satu aktiviti harian yang wajib dilakukan..Sekarang dah lain, kite perlu membahagikan masa untuk latihan..

kite mengharapkan yang terbaik untuk SUKMA kali ni untuk menebus balik kekalahan kite pada SUKMA lepas..Memandangkan kite adalah salah seorang atlet veteran dalam pasukan menembak, memandangkan sukan menembak telah ditinggkatkan usia penglibatan ke 23 tahun dan kite perlu memberi sekurang-kurangnya 2 pingat emas untuk Selangor..

Pra-SUKMA di Melaka baru saja berlalu, keputusan yang ada belum cukup puas untuk di banggakan.Kite perlu berusaha lebih lagi dan memberi sepenuh perhatian dalam latihan..Walau jiwa kadang-kadang tidak menentu akan kemahuan sendiri, kite tetap mencari untuk kecemerlangan akan datang..

Buat atlet SUKMA Selangor terutamanya atlet menembak, Berusaha bersungguh-sungguh, no.1 dalam tangan..Cayok-cayok!!..

Kita jumpa di Melaka!!!