Wednesday, December 16, 2009

Apakah benar?

Benarkah..

Bila seseorang merasakan yang mereka sudah cukup lama dan berkuasa, mereka akan cuba menjatuhkan yang bawah. Mereka menyangka mereka sudah lama dan sudah 'matang' dikalangan yang lain, atau mereka cuba menguji ke'matangan' mereka. Walhal mereka tidak sedar mereka masih perlu memperbaiki diri. Ada juga dikalangan mereka merasakan, arahan dan kata-kata daripada pihak atasan tidak perlu diendahkan selagi masih ada orang bawahan yang mampu membuat dan melaksanakan tugasan mereka. Ada juga yang mempertikaikan tanggunjawab yang telah dipertanggunjawabkan kepada mereka suatu ketika dahulu.

Kenapa perlu bertikam lidah hanya disebabkan satu tujuan?? Adakah mereka fikir akan kebaikan yang mereka akan dapat?? Atau mereka belum sedar akan tujuan tersebut dan menganggap ianya tidak penting bagi mereka jalankan dan merasakan ia hanyalah 'tugasan kecil'.

Tanggungjawab yang telah diamanahkan sepatutnya dilakukan bersama-sama dan melalui pengalaman inilah akan dibawa pada masa akan datang dan bukan untuk dibanding-bandingkan tetapi untuk rujukan kepada yang lain.

Saturday, December 5, 2009

Kesihatan...

Salam...

Dah lama juga kite tak mencoretkan apa-apa dlm blog kite ni.. Kebanyakkan 'posting' kite smuanya gambar..Bukan apa, dah tak ada idea sbenarnya.

Sekarang dah genap 10hari masa pemulihan kite. Kite minta maaf kalau kite tak inform pada sesiapa pun tentang opration kite tu..Bukan ape,segan sebenarnye. Slama ni kawan-kawan tengok kite macam sihat, tak ada sakit..Tapi bila dah masuk hospital, segan tu tiba-tiba je muncul. Thanks to all yang datang melawat walaupun ada yang datang jam 11 malam..

Memang niat dihati nak bagitahu semua selapas pembedahan, tapi bila mengenangkan keadaan kite yang teruk sangat hari tu, kite amik keputusan untuk tak beritahu sesiapa. Segan juga kalau kawan-kawan datang selepas pembedahan. Badan pun tak boleh nak gerak, makan pun dah tak lalu..Penangan bius memang buat kite tak dapat buat apa-apa..

Sebenarnya kite pun tak sangka tarikh pembedahan kite terlampau cepat. Kite belum bersedia sepenuhnya. Tapi bila difikirkan tempoh pemulihan memakan masa, kite amik keputusan untuk buat juga. Perasaan takut tu ada sebenarnya, tak dapat nak bayangkan macamana berada didalam bilik pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Hope dalam tempoh sebulan ni kite dapat berjalan balik.. Sekarang baru belajar bertatih. Masih jauh lg perjalanan kite, rehab memang perlu buat setiap hari pagi petang dan malam.. Kite harap dapat ke kelas tanpa kesulitan....

Doakan kite cepat sembuh...




*Kpd siti fadhilah,semoga cepat sembuh..=D
.
.